Syabas .....Pemuda UMNO ke Sweden...

Pemuda UMNO dan Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) akan bertolak ke Sweden dalam tempoh terdekat untuk membantu empat beradik yang kini ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam selepas ibu bapa mereka ditahan pihak berkuasa negara itu.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata Pemuda Umno dan SukaGuam sedia menjadi mediator untuk membantu proses pertukaran keluarga angkat empat beradik itu kepada keluarga beragama Islam.

Empat beradik yang berusia 7, 11, 12, dan 14 tahun itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat selepas ibu bapa mereka Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal ditahan polis Sweden sejak 18 Dis lepas.

Azizul, Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan untuk siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak solat. Sehingga kini, tiada pertuduhan dikemukakan terhadap pasangan itu dan tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan dua minggu lagi.

Sheikh Nafiq berkata Pemuda Umno dan SukaGuam akan memberi 'sedikit penekanan' berhubung hak penjagaan empat beradik yang terpisah dengan ibu bapa itu agar mereka dijaga keluarga angkat beragama Islam supaya dapat menjalani kehidupan harian sebagai seorang Muslim.

"Kami akan membuat lawatan ke Sweden dalam tempoh terdekat untuk berjumpa dengan duta dan pihak berkuasa tempatan supaya anak-anak pasangan itu dijaga keluarga angkat Islam.

"Kami juga akan menjadi pemerhati dalam proses undang-undang agar ia berjalan lancar. Bagaimanapun, kami tidak akan campur tangan dalam proses perbicaraan...kami tidak akan menceroboh undang-undang tempatan Sweden," katanya.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Bahagian (Konsular) Ambassador Mat Dris Yaacob di Wisma Putra di sini. Hadir sama Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahman dan Pengerusi Biro Media Baru Pemuda Umno Ibdilliah Ishak.

Sheikh Nafiq berkata mereka dimaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan Sweden sedang menimbangkan permintaan Wisma Putra untuk menempatkan empat anak pasangan itu bersama keluarga Islam.

"Kami difahamkan sudah ada beberapa nama keluarga Islam di Sweden dicadangkan Wisma Putra. Pihak berkuasa tempatan telah memberi kerjasama yang baik agar empat beradik itu diberi peluang untuk bersama keluarga Islam yang ditawarkan oleh Wisma Putra," katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan empat beradik itu menyatakan tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat berlainan agama yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu.

Sementara itu, Khairul Anwar berkata tahanan reman pasangan rakyat Malaysia itu telah melebihi tempoh munasabah dan menyarankan agar perbicaraan kes itu dipercepat.

"Kami yakin kerajaan menerusi Wisma Putra akan menggunakan saluran undang-undang yang sah untuk memastikan pasangan itu dibawa ke muka pengadilan melalui proses yang sewajarnya.

"Sekiranya berlaku pendakwaan, anak-anak harus dibenar memberi keterangan dan sekiranya subjek kes mengganggap ia satu proses pembelajaran biasa, maka pihak berkuasa Sweden wajib melepaskan pasangan itu serta-merta," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana