Najib ulangi komitmen pertahan kesucian Islam...Aamiin

Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 dan menobatkan syiar dan syariat Islam sebagai acuan pemerintahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Itu komitmen kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha mengembangkan Islam dan mengamalkan demokrasi.

Najib berkata beriltizamkan sirah Rasulullah, kerajaan akan terus mempertahan kesucian agama Islam daripada dicemari dan diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya menyeru kepada rakyat, keharmonian dan kesefahaman antara agama yang telah lama kita bina bersama, harus dikekalkan. Yakinlah bahawa sikap persefahaman dan toleransi adalah tunjang kepada kesatuan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1435H esok, yang dimuatkan dalam laman blog www.1malaysia.com.my Isnin.

Najib berkata sambutan itu yang bertema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' merujuk kepada hakikat bahawa wasatiyyah berpaksikan kepada keadilan sosial, keunggulan atau kecemerlangan dan keseimbangan serta kesederhanaan.

"Wasatiyyah bukanlah bererti mundur, ambil mudah dan pendekatan ekstrem yang boleh menggugat kestabilan politik, sosial dan ekonomi sesebuah negara.

"Justeru, wasatiyyah adalah tonggak kepada segalanya, yang merupakan penentu kemakmuran, keharmonian dan kesatuan sesebuah bangsa atau ummah," katanya.

Pada masa yang sama, Najib berharap sambutan itu sempena memperingati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW dapat menjadi pemangkin kepada penyatuan ummah dalam membangunkan negara tercinta ini.

Beliau berkata Al-Quran dengan indah telah merakamkan betapa kerisauan, kesungguhan dan gelora kasih sayang baginda untuk melihat setiap umat manusia dapat bernaung di bawah rahmat keimanan dan agama Islam yang suci.

"Makanya, rahmat Iman dan Islam yang diperjuangkan Rasulullah SAW ini, perlulah diteruskan dan disebarkan," katanya.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, Umat Islam kini berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mengekalkan kemuliaan Islam berpandukan al-Quran dan Al-Sunnah.

"Banyak kekeliruan mengenai agama Islam termasuk dalam hal-hal berkaitan akidah tercetus sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri. Cabaran ini hanya dapat diatasi jika umat Islam mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, bersatu menguatkan barisan dan mengukuhkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah S.W.T." katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Muhyiddin, Umat Islam mesti memiliki kekuatan iman dan takwa, ekonomi dan teknologi, sosial dan politik untuk menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat.
"Contohilah sifat-sifat terpuji Rasulullah S.A.W yang sentiasa beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T serta cekal menghadapi cabaran dalam memartabatkan kemuliaan Islam,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL