Karpal : Penganut Sikh Boleh Guna Kalimah Allah..INi Lagi Bawa Masalah...Tak Reti Bahasa ni

GEORGE TOWN 12 Jan - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini mempertahankan penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh mana-mana agama di negara ini, termasuk agama Sikh.

Beliau juga akan membahaskan isu yang dilarang oleh Mufti Pulau Pinang itu di muka pengadilan merujuk kepada artikel  3(1) dan 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan beragama.

"Larangan oleh Mufti Pulau Pinang itu mempunyai implikasi dan kesan yang mendalam.

"Secara khususnya, larangan penggunaan kalimah 'Allah' merupakan satu serangan buat orang-orang Sikh yang mengamalkan agama mereka di Pulau Pinang," kata Karpal yang juga seorang penganut agama Sikh.

Memetik laporan dari laman portal Free Malaysia Today, beliau turut mengatakan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Sikh yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang itu adalah sesuatu tindakan yang tidak membawa sebarang kesan.

"Ianya adalah satu hak rakyat Malaysia dimana hak kebebasan beragama di bawah Perkara 12, yang menetapkan bahawa tiada sesiapa dikehendaki untuk menerima arahan di atau untuk mengambil bahagian dalam sebarang upacara atau perbuatan sembahyang satu agama selain daripadanya sendiri.

"Semestinya kerajaan Pulau Pinang harus mendapatkan nasihat perundangan berkaitan larangan oleh Mufti Pulau Pinang sebelum mana-mana individu bukan Islam didakwa bagi kesalahan menggunakan perkataan-perkataan terlarang itu," kata Karpal, Pengerusi Nasional DAP.

Terdahulu, Mufti Pulau Pinang telah menggariskan dan mengharamkan penggunaan 40 perkataan "Islam" oleh bukan Islam di Pulau Pinang.

Pesalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-dua, di bawah Seksyen 3, Enakmen Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996.

Namun, menurut Karpal kedudukan tersebut telah dibetulkan berhubung dengan Seksyen 9(1) Agama Bukan Islam selangor (Kawalan Penyebaran Dalam Kalangan Orang Islam) Enakmen 1996, yang melarang orang bukan Islam menggunakan 25 perkataan "Islam" atau mana-mana daripada bentuk terbitan atau variasi-variasi mereka sama ada secara lisan atau bertulis, sebagai dinyatakan dalam Bahagian 1 Schedule, berkaitan dengan agama bukan Islam.

Antara 25 perkataan ialah Allah, Firman Allah, Ulama, Ibadah, Kaabah, Kadi, Illahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat, Haj, Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Injil, Salat, Khalifah, Wali, Fatwa, Imam, Nabi dan Sheikh.

Seksyen 9(2) Enakmen Selangor juga melarang orang bukan Islam dari menggunakan 10 ungkapan asal Islam dari Bahagian 11 dalam jadual termasuk Alhamdulillah and Insyallah.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL