Gadis lengkap berjubah dan bertudung ketika dicekup khalwat

Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun menemani saudaranya memadu kasih dengan teman lelaki di sebuah bilik hotel murah di Jalan Jedok, di sini membawa padah apabila dia turut ditahan sepasukan anggota Skuad Amru, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) Tanah Merah.

Dalam serbuan jam 4.15 pagi itu, pelajar ditahan lengkap berpakaian jubah dan bertudung itu melutut dan merayu kepada anggota penguat kuasa supaya tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada keluarganya.


Difahamkan, pelajar yang tinggal di Tumpat itu mengikuti saudaranya dan teman lelakinya, masing-masing berusia 22 tahun dari Pasir Mas ke Tanah Merah, sebelum menyewa bilik di sebuah hotel murah.

Sumber berkata, serbuan dilakukan tiga anggota Skuad Amru selepas mendapat maklumat daripada orang ramai jam 4 pagi.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya terpaksa mengetuk pintu bilik hampir 10 minit sebelum seorang lelaki berusia 22 tahun membuka pintu.

“Lelaki terbabit yang ketika itu memakai baju-T dan berseluar pendek kelihatan menggigil ketakutan.

“Pemeriksaan di dalam bilik yang disewa RM40 semalam itu mendapati ada dua wanita bersama lelaki terbabit. Seorang berusia 13 tahun ditemui lengkap berpakaian jubah dan bertudung rnanakala seorang lagi berusia 22 tahun, memakai baju-T dan berseluar pendek,” katanya.

Siasatan awal mendapati pelajar 13 tahun itu belajar di sebuah sekolah menengah di Tumpat manakala wanita berusia 22 tahun mendakwa sudah berumah tangga, tetapi dalam proses perceraian dan bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana