YB Surendran Takut? Cuba Baju Kalis Peluru Tapi Belum Tandatangan

YB Surendran Takut? Cuba Baju Kalis Peluru Tapi Belum Tandatangan? | Setelah banyak bercakap sambil membazir air liur, Naib Presiden PKR, N Surendran dilaporkan telah mencuba mengenakan baju perisai polis sebagai persediaan untuk menyertai operasi polis.

YB Surendran Takut? Cuba Baju Kalis Peluru Tapi Belum Tandatangan

Namun malangnya, menurut laporan, beliau masih belum menandatangani perjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis.

Surendran, seorang peguam dan ahli parlimen PKR bagi Padang Serai, berkata terdapat bahagian dalam perjanjian itu yang perlu dibincangkan dengan penasihat undang-undangnya dan pemimpin parti itu.

Menurut penasihat undang-undangnya, R Sivarasa, indemniti itu, antara lain, membebaskan polis daripada tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian, dan Surendran tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia, pihak polis, ketua polis negara, atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu.

Sivarasa berkata beliau telah menasihatkan Surendran supaya tidak menyertai operasi polis itu, manakala Surendren memberitahu media bahawa beliau masih bersedia untuk meneruskannya, tertakluk kepada perbincangannya dengan pemimpin parti dan penasihat undang-undangnya.

Katanya, beliau tidak meminta jaminan supaya tiada apa yang akan berlaku ke atas dirinya (dalam operasi itu). Surendran berkata, ini kerana memang akan terdapat risiko apabila terlibat dalam operasi dengan suspek yang bersenjata.

Katanya, beliau tidak meminta sesuatu yang sangat tidak munasabah untuk memastikan supaya beliau tidak cedera, sambil menambah bahawa sedikit keraguan mereka ialah apabila pihak polis berkata mereka (polis) tidak boleh dipertanggungjawabkan jika apa-apa berlaku. Itu, tegas Surendran, adalah satu cadangan yang berbeza sama sekali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana