Wanita cuba rempuh Rumah Putih

WASHINGSTON: Seorang pemandu kereta terbunuh, selepas kenderaannya dikejar dan ditembak polis di sebatang jalan berhampiran Rumah Putih hingga ke bangunan Capitol di Washington semalam, ketika ahli perundangan Demokrat dan Republikan terus bertelingkah di Kongres.

Kejadian berlaku kurang tiga minggu selepas seorang kontraktor kerajaan melepaskan tembakan rambang di dermaga tentera laut Washington, kira-kira 2.4 kilometer dari Capitol, mengorbankan 12 orang dan mencederakan tiga yang lain, sebelum mati ditembak polis.

Akhbar Washington Post yang memetik kenyataan Stesen Syarikat Berita Kebangsaan (NBC) melaporkan, kereta terbabit didaftarkan atas nama Miriam Carey, 34, dari Connecticut dan pihak berkuasa percaya beliau adalah pemandu kenderaan itu. NBC juga mengenal pasti pemandu kenderaan itu sebagai Carey.

Seorang pegawai polis Metropolitan Washington yang dihubungi mengesahkan Carey adalah pemandu kereta itu tetapi enggan memberi butiran lanjut.

“Suspek di dalam kenderaan terbabit terkena tembakan. Wanita yang memandu kereta berwarna hitam itu merempuh penghadang keselamatan tidak jauh dari Rumah Putih,” kata ketua polis Washington, Cathy Lanier kepada wartawan.

Jurucakap Perkhidmatan Polis Rahsia Amerika Syarikat, Ed Donovan berkata pemandu yang membawa bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun, kemudian memecut keretanya ke arah Pennsylvania Avenue, menuju ke Capitol ketika anggota Kongres meneruskan sidang.

Ketua polis Capitol, Kim Dine berkata, polis mengejar dan menembak kereta itu sebelum ia terhenti berhampiran bangunan Capitol.

“Saya difahamkan ada seorang kanak-kanak berusia setahun di dalamnya. Saya percaya salah seoang pegawai kami dapat menyelamatkannya sebelum dibawa ke hospital,” katanya.

Dine berkata, siasatan mendapati insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan keganasan

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri di Kongres, Michael McCaul berkata pegawai percaya bahawa wanita terbabit mengalami masalah kesihatan mental.

“Saya menerima maklumat daripada beberapa sumber, bahawa beliau mengalami masalah mental, jelas dengan cara dia bertindak balas dekat pagar berhampiran Rumah Putih dan membelok kenderaannya sebelum cuba melanggar polis,” katanya.
Beliau berkata wanita terbabit berasal dari Connecticut dan kanak-kanak di dalam kereta adalah adalah anaknya,” katanya. - REUTERS

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana