VIDEO: PULAK DAH!!! 'ALLAH' BUKAN MILIK ORANG ISLAM, KATA HADI AWANG!!!


 PAS sememangnya berada dalam keadaan keluh-kesah dan ketakutan. PAS tahu, isu KALIMAH ALLAH yang disokong oleh PAS secara ‘bersyarat’ akan memamah dan memusnahkan harapan PAS untuk kekal di Sungai Limau. Walaupun sebelum ini, PAS menerusi beberapa orang pemimpinnya cuba menjawab isu tersebut dengan cara berbelit-belit malah di kalangan pemimpin PAS sendiri pun, perbalahan tidak dapat disembunyikan lagi.

Menariknya, jentera penerangan dan propaganda PAS meuwar-uwarkan isu pertelingkahan tersebut sebagai sesuatu yang baik. Mereka menyamakannya sebagai pertembungan pendapat antara ulama yang menjadi kemaslahatan umat.

Lain halnya dengan kata-kata kontra daripada UMNO. Dalam hal ini, UMNO dianggap sebagai tidak berpengetahuan agama dan sangat jahil.

PAS awal-awal lagi kata, isu KALIMAH ALLAH bukanlah sesuatu yang menakutkan mereka. Hakikatnya, malam tadi di Padang Lumat, Presiden PAS terpaksa menelan kata-katanya sendiri sebelum ini tentang syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh bukan Islam dalam penggunaan KALIMAH ALLAH untuk terbitan mereka. Presiden PAS terpaksa mengadakan sesi usrah kepada ahli-ahli PAS yang tidak berapa kerat datang mendengar ceramahnya, demi menghalalkan sikap bolak-balik PAS dalam isu tersebut.

Semuanya kerana DAP dan PKR turut datang untuk memantau serta mengawasi kempen-kempen PAS, terutama sekali yang membabitkan kalimah ALLAH.

Umum mengetahui, PKR dan DAP secara berterus-terang menyokong penggunaan KALIMAH ALLAH oleh penerbitan berbahasa Melayu Katholik dalam usaha merosakkan dan memesongkan akidah umat Islam, terutama sekali golongan muda yang melihat LIBERALISME sebagai suatu uslub yang maha hebat. PAS pula berdolak-dalih. Di hadapan khalayak Melayu, PAS menyatakan menerusi Dewan Ulama PAS menentang keras hasrat memanjangkan kalimah ALLAH dalam penerbitan berbahasa Melayu tetapi di hadapan khalayak bukan Islam, cakap para pemimpin PAS, lain pula.

Ketakutan itulah yang membuatkan PAS terpaksa memberanikan diri untuk menerangkan sifat berbolak balik tersebut. Buat masa sekarang, UMNO masih belum menerjah lagi isu tersebut dan menjadikannya sebagai PELURU BESAR untuk menembak PAS. Bagaimanapun, dijangkakan UMNO yang sedang dalam proses untuk menyesuaikan diri dalam PRK DUN Sungai Limau ini, tidak akan sama sekali meninggalkan isu tersebut.

PAS pula terpaksa bergantung kepada kenyataan yang dibuat oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak untuk masyarakat bukan Islam di Sabah dan Sarawak yang membenarkan penggunaan KALIMAH ALLAH dalam terbitan Bahasa Melayu mereka. Walau bagaimanapun, PAS gagal sama sekali untuk menjelaskan mengapa wujud peraturan dan undang-undang yang berbeza antara negeri-negeri di Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak khususnya yang membabitkan 20 Perkara Perjanjian Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana