Video pasangan kontroversi: Vivian kelar tangan


SHAH ALAM: Vivian Lee, pasangan kontroversi kepada blogger seks Alvivi, muncul dalam klip video yang berakhir dengan babak dia 'mengelar pergelangan tangannya'.

Video berjudul 'Penyesalan' itu dimuat naik di akaun Twitternya pada petang semalam dan turut dimuat naik di laman YouTube Rabu lalu.

Klip video berdurasi dua minit itu diarahkan oleh teman lelakinya, Alvin Tan.

Vivian, 24, digambarkan sebagai wanita yang tulus ikhlas yang sedang melihat pilihan yang berlaku dalam hidupnya.

Antara bait yang ditulis dalam klip video berkenaan adalah :

"Saya rasa sukar menjadi orang dewasa. Jika saya ikut hati, semua orang kata saya salah. Saya jahat dan tidak berguna.

"Bukan itu sahaja mereka yang saya sayang juga enggan sayang saya lagi. Semuanya kerana idea saya dan mereka berbeza dan saya pilih jalan hidup yang unik dan tersendiri.

"Adakalanya saya fikir jika saya buat perkara yang betul adalah yang terbaik. Jujurnya saya penat. Mereka berjaya. Saya gagal. Saya sering mendengar suara hati saya. Mereka semua menyambutnya dengan riang," katanya.

Video itu diakhiri dengan babak Vivian mengelar pergelangan tangannya dengan sebilah pisau sebelum skrin bertukar kabur.

Sebelum ini, pasangan kontroversi itu memuat naik rakaman video seks mereka yang menyebabkan Alvin dibuang daripada pengajian undang-undang di sebuah insitutsi pengajian tinggi terkenal di Singapura.

Pasangan tersebut terus mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh dengan ucapan Selamat Berbuka Puasa yang menyebabkan mereka dikritik serta dipanggil untuk memberi kenyataan kepada pihak berkuasa.

Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana