Tun M tegur Najib,Cina tetap pilih DAP walaupun beri BR1M dua kali pada mereka.

Pengumuman pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali dalam Bajet 2014 mendapat tentangan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menurutnya langkah itu akan mengakibatkan orang Melayu menjadi malas.

Mantan Perdana Menteri itu berkata pemberian BR1M tidak akan dihargai oleh rakyat terutamanya kaum bukan Melayu dan beliau menyifatkan ia sebagai suatu pembaziran.

"Penerima BR1M tidak akan menghargai sumbangan kerajaan dan ini terbukti semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila pengundi Cina tidak mengundi Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media di Subang Jaya di sini.

Tun Mahathir berkata kerajaan tidak salah menghulurkan bantuan kepada orang miskin dan kurang upaya, tetapi pemberian itu hanya akan membuatkan rakyat terus bergantung kepada kerajaan.

"Kerajaan seharusnya melatih dan mencungkil kebolehan rakyat. Bukan hanya terus membiarkan rakyat menunggu bantuan daripada kerajaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana