Tun M : BN Ada Peluang Rampas DUN Sungai Limau

KUALA LUMPUR 1 Okt - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang disandang PAS sejak 1995 boleh dirampas Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut nanti.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr mahathir Mohamad berkata, tarikan utama pengundi pada waktu tersebut adalah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang mempunyai daya tarikan peribadinya tersendiri dari kalangan pengundi.

"Dulu Tan Sri Azizan dia tak kempen pun tapi dia menang, kerana personaliti. Orang sokong dia kerana personaliti dia, bukan parti. Sekarang mungkin orang nak tukar selera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan hotel terbaharu syarikat MK Land Holdings Berhad, 'Ombak Villa' di Langkawi, malam tadi.

Menurut Mahathir, DUN Sungai Limau akan membangun sekiranya BN memerintah kawasan tersebut.

Jelasnya, BN perlu lebih mendekati masyarakat setempat dengan mengenali lebih dekat dalam usaha untuk membantu masyarakat kawasan tersebut.

Kerusi DUN Sungai Limau diumum kosong oleh Speaker DUN negeri selepas kematian penyandang, Azizan ekoran masalah kesihatan kritikal.

Bekas Menteri Besar Kedah itu mempertahankan kerusi tersebut pada PRU13 dalam pertandingan empat penjuru bersama calon BN dan dua calon bebas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana