SUARAM HANTAR LAPORAN BURUKKAN MALAYSIA KE AMERIKA DAN BRITAIN.....

Ketika Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO) menghantar wakil lobi ke Geneva, Switzerland, salah satu tulang belakang NGO itu, SUARAM pula menghantar laporan memburuk-buruk kerajaan Malaysia kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Britain

“Kepelbagaian, toleransi dan progresif kurang dipraktikkan di Malaysia,” lapor SUARAM kepada Presiden AS, Barack Obama yang dihantar semalam.

FMT melaporkan SUARAM mengadu kepada Presiden Obama berkenaan amalan perkauman, ekstremisme agama, rasuah, penipuan pilihan raya, pencabulan hak asasi manusia dan pelbagai aktiviti jenayah yang berlaku di Malaysia sepanjang Barisan Nasional memerintah negara ini selama 56 tahun sehingga kepada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kerajaan Malaysia juga telah memilih untuk menggunakan undang-undang yang menindas seperti Akta 1948, Akta Perhimpunan Aman 2012 Hasutan dan Kanun Keseksaan untuk menyekat protes terhadap keputusan pilihan raya oleh pembela hak asasi manusia, pemimpin-pemimpin pembangkang dan rakyat Malaysia dari pelbagai agama dan etnik ,” laporan SUARAM dipetik.

SUARAM juga mendakwa badan kehakiman dikawal oleh BN sehingga tidak membenarkan penggunaan nama Allah kepada penganut Kristian seperti mana diputuskan Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Turut dicadangkan NGO itu agar Obama memutuskan hubungan rasmi dengan kerajaan Malaysia pimpinan Najib.

SUARAM turut membuat gesaan yang sama kepada kerajaan Britain dalam laporannya yang dihantar kepada Perdana Menterinya, David Cameron.

Kerajaan Malaysia didakwanya telah membenarkan penahanan tanpa bicara, mengabaikan kekejaman polis, hak-hak orang asli dan kumpulan minoriti dipinggirkan serta menyekat kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Justeru itu, lapor FMT, SUARAM turut menggesa agar kerajaan Britain mengkaji semula hubungan perniagaan dengan Malaysia.

Semua dakwaan SUARAM itu, hampir sama dengan laporan COMANGO yang didakwa blog Dr MiM sebagai usaha memartabat hak-hak LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dan mengikis perlembagaan negara yang melindungi kedudukan Melayu, Islam dan Bumiputera.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana