Satu lawan satu di DUN Sg. Limau



YAN 23 Okt - Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan calon Pas, Mohd. Azam Samat.

Dr. Ahmad Sohaimi yang diiringi Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.04 pagi tadi.

Sementara Mohd. Azam yang diiringi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyerahkan borang pada pukul 9.05 pagi.

Borang diserahkan kepada Pengurus Pilihan Raya N.20 DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman yang juga Pegawai Daerah Yan.

Beliau berpuas hati dan tiada kertas pencalonan ditolak.

Lebih 5,000 penyokong dari kedua-dua parti hadir bagi memberi sokongan kepada calon yang bertanding.

Sepanjang tempoh penyerahan borang pencalonan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL