Raja Azmi Nikah 13 Oktober Ini

Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, dan Mohd Eddie Ghazali, 45, akan melangsungkan majlis pernikahan pada 13 Oktober ini di Laman Santai, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Memetik laporan Utusan Online, pasangan itu mula mengedarkan kad perkahwinan berwarna merah hati awal bulan September lalu.

Antara artis yang sudah mengesahkan bakal membuat persembahan istimewa pada acara tersebut ialah Rahim Maarof dan Aris Ariwatan.

"Buat masa ini persiapan sudah hampir siap. Memandangkan kami hanya akan melangsungkan satu majlis sahaja, jadi tumpuan saya dan Eddie tidak terlalu terganggu," katanya yang datang sendiri menyampaikan kad jemputan perkahwinannya kepada Kumpulan Utusan.

Raja Azmi dan Eddie bertunang pada 15 Julai lalu setelah saling mengenali pada awal tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana