Pusat hiburan degil diserbu lagi, 52 GRO Vietnam ditahan

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Polis menahan 52 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Bandar 9, Pusat Bandar Puchong di sini dalam serbuan yang dijalankan malam tadi.

Serbuan dibuat terhadap premis itu yang masih berdegil dan terus menjalankan aktiviti tidak bermoral walaupun pernah diserbu empat kali oleh pihak berkuasa sebelum ini.

Serbuan kira-kira pukul 11.40 malam itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang diketuai Inspektor Roslin Mohamad Isa.

Menurut Roslin, premis tersebut sudah berulang kali diserbu namun tetap berdegil menjalankan aktiviti tidak bermoral.

"Ketika serbuan, sebanyak 85 pengunjung berada dalam premis itu dan pemeriksaan mendapati kesemua wanita Vietnam berusia antara 20 hingga 30 tahun didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini.

"Berikutan itu kita akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menyita pusat hiburan ini meskipun mereka memiliki lesen yang sah," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan malam tadi.

Sementara itu, di Johor lima wanita warga Vietnam antara lapan ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sebuah pusat hiburan di Jalan Perdagangan Kenanga di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, serbuan pukul 12.45 tengah malam itu hasil maklumat berkaitan kegiatan pelacuran oleh warga asing terbabit yang didalangi seorang ibu ayam rakyat tempatan berusia 37 tahun.

Menurut beliau, lima wanita itu menggunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong untuk datang ke negara ini tiga bulan lalu tetapi diperdaya oleh wanita terbabit dengan dijadikan pelacur.

"Semasa serbuan sebahagian daripada mereka sedang leka melayan pelanggan dalam beberapa bilik khas.

"Kita turut menahan seorang lelaki yang merupakan pemilik pusat hiburan berkenaan berusia 39 tahun serta dua lagi pekerjanya berumur lingkungan 20-an," katanya dalam sidang akhbar di IPD Muar hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana