PERANAN MELAYU DALAM DAP..SEDARLAH

MASIH menjadi bualan mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada minggu lalu. Cakap-cakap yang berlegar ialah berkaitan amaran DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), jumlah perwakilan yang tidak hadir, undi popular dan Melayu dalam DAP. Sudah ada laporan polis berhubung apa yang dikatakan‘ugutan’ terhadap ROS. Turut menarik perhatian ialah jumlah undi yang diperoleh hasil pilihan 1,725 perwakilan (1,663 undi sah, 62 undi rosak). Berkait isu jumlah undi ini menimbulkan persoalan siapa
paling layak menjadi Setiasuaha Agung DAP. Seperti diketahui umum, mendahului senarai dalam kelompok
20 calon memperoleh undi tertinggi ialah anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang mendapat 1,438
undi berbanding anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (1,304 undi) di tangga ke-5. Pada pemilihan

Disember 2012, Chin Tong memperoleh 984. Ini bermakna jumlah undinya meningkat. Guan Eng pula mengalami kemerosotan apabila undinya jatuh sebanyak 272 undi. Pada pilihan raya umum (PRU) lalu, di Kluang,daripada 75,308 undi yang dikeluarkan, Chin Tong mendapat 40,574 undi sementara di Bagan, daripada 59,796 kertas undi, Guan Eng memperoleh 46,466 undi. Ini angka berkaitan undi yang menarik perhatian.

Bagaimana pula undi untuk Melayu DAP? Lapan orang bertanding. Zairil, orang kuat Guan Eng terselamat di tangga ke-12 setelah memperoleh 1,132 undi. Beliau memperbaiki kedudukan berbanding 803 undi pada 2012. Melayu lain ialah Ariffin S.M Omar di tempat ke-28 (441 undi) berkongsi kedudukan dengan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Ahmad Ton (351), Zulkifli Mohd Noor (220), Solaiman Op Syed Ibrahim (103) dan Harun Ahmad (87). Roseli Abdul Ghani yang menarik diri masih mendapat 61 undi berbanding pemilihan lalu memperoleh 69 undi. Bagi memenuhi kuota Melayu, Ariffin, anggota Dewan Negara kemudiannya dilantik sebagai salah seorang naib pengerusi. Begitulah kedudukan Melayu dalam DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana