PENGUNDI HANTU DALAM PEMILIHAN TERBARU DAP....


Tak tahulah di mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng letakkan mukanya apabila tewas teruk dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini. Meskipun terpilih sebagai salah seorang anggota CEC, bilangan undinya merosot teruk.

Terpampang di dada akhbar menyiarkan tentang kemerosotan undi yang diperoleh oleh anak Lim Kit Siang itu. Malah dia yang dulu bermegah terpilih di kedudukan kedua tertinggi di belakang bapanya hanya mampu berada di kedudukan ke-5 setelah hilang sebanyak 272 undi dari perwakilan DAP.

Tapi mungkin mahu “cover” rasa malunya, semalam dia tunjuk garang depan media dengan memberi amaran keras pada Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya tidak lagi campur tangan dalam hal ehwal DAP.

Dia berhujah, dengan mematuhi nasihat RoS untuk mengadakan semula pemilihan CEC baru-baru ini, keputusan pemilihan itu berjaya mengekalkan 20 calon yang dipilih pada pemilihan CEC tahun lalu yang tidak diiktiraf sebelum ini.

Selamba saja dia menuduh RoS menyalahgunakan kuasa yang ada untuk mengganggu DAP. Pada Guan Eng, tindakan RoS itu adalah cubaan sabotaj dari agensi tersebut pada partinya…

Amboi! Sedap mulut saja Setiausaha Agung DAP itu berbicara. Apakah dia tidak tahu tentang tugas-tugas dan bidang kuasa RoS sehingga terfikir untuk memberi amaran yang begitu bongkak dan dayus bunyinya?

Sebagai Pendaftar Pertubuhan, RoS bertanggungjawab untuk meluluskan permohonan penubuhan DAP sebagai sebuah parti politik di Malaysia. Cuba bayangkan kuasa yang ada pada RoS. Jika boleh mengesahkan sesebuah pertubuhan, sudah tentu RoS boleh membatalkan pertubuhan itu, bukan?

Fakta dari mana yang Guan Eng pakai untuk menuduh RoS cuba sabotaj DAP? Bukti dari siapa yang Guan Eng peroleh sehingga dia tergamak menuduh RoS secara sengaja menyalahguna kuasa yang ada untuk mengenakan DAP?

Tolonglah adil dan rasional. Pada saya, RoS adalah sebuah badan bebas yang tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak. UMNO pernah diharamkan dan begitu juga dengan banyak pertubuhan yang diharamkan ekoran tidak memenuhi syarat pertubuhan yang ditetapkan.

RoS cuba ganggu DAP? Siapa yang ganggu DAP sebenarnya? Guan Eng perlu rujuk pada fakta sebenar sebelum menuduh RoS sebagai sebuah badan yang sengaja mengganggu DAP.

Logik kata, kalau tidak punya sebarang masalah, takkanlah RoS nak campur hal ehwal DAP? Ingat RoS kemaruk sangat nak cari pasal dengan DAP? RoS ada banyak lagi kerja yang perluu diuruskan dari menyebokkan diri untuk memantau DAP…

Sebenarnya, ramai ahli dan pemimpin akar umbi DAP telah membuat aduan rasmi pada RoS berhubung kontroversi pemilihan DAP pada akhir tahun lalu. Berdasarkan laporan itulah RoS menyiasat dakwaan tersebut. Tidak timbul soal sabotaj pun…

Memandangkan ada kesangsian dalam siasatan berhubung proses pemilihan CEC yang lalu, DAP diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula. Itu saja, tidak lebih dari itu pun. RoS hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya…

Pun begitu, kini berlaku pula sesuatu yang sangat pelik pada pemilihan CEC pada 29 September baru-baru ini. Bagaimana Janice Lee yang dipecat dari DAP dibenarkan mengundi pada pemilihan tersebut? Bukan ahli DAP boleh mengundi dalam pemilihan DAP, kah?

Janice Lee dipecat Karpal pada 22 April lalu kerana memprotes namanya yang tidak terpilih sebagai calon pilihanraya pada PRU ke-13. Malah Janice boleh dikatakan terpecat sendiri kerana bertanding sebagai calon bebas pada PRU, Mei lalu.

Setahu saya, Janice tidak pernah merayu untuk diterima semula dalam DAP. Dia tidak dijemput ke mesyuarat DAP meskipun dia merupakan ahli DAP seumur hidup. Jelaslah DAP sudah berpatah arang dengan Janice.

Tapi tiba-tiba Janice hadir mengundi pada pemilihan CEC baru-baru ini? Undang-undang apa yang DAP pakai? Perlembagaan mana yang digunakan DAP? Perlembagaan komunis, kah?

Nampaknya RoS berkemungkinan besar akan “mengganggu” DAP berhubung pemilihan CEC parti itu baru-baru ini. Kalau ada di kalangan ahli dan pemimpin DAP yang mengadu pada RoS tentang “keajaiban” itu, sudah tentu RoS akan “langgar” DAP lagi…kan?

Justeru itu, Guan Eng tidak wajar salahkan RoS atau mana-mana pihak dalam soal ini. Bukan RoS atau ahli DAP yang bertindak membuta tuli, tapi dia sendiri yang “buta kayu” tentang perlembagaan parti sendiri, kan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana