Peguam yang diantaranya membela kes kalimah ALLAH ini rupanya ahli UMNO.

Mana peguam-peguam PKR dan PAS ?? Opss lupa..peguam-peguam PKR dan PAS semuanya tengah sebuk bela Penjenayah. Mana ada masa untuk mempertahankan Kalimah Allah.

Salah seorang peguam yang mewakili kita dalam kes ini adalah Peguam Adzly Manas. Secara kebetulannya Peguam Adzly adalah salah seorang calon yang bertanding dalam pemilihan Umno kali ini. Beliau masuk bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Subang.

Saya bukan lagi nak mencadang atau nak mengesyorkan kepada perwakilan Umno Bahagian Subang agar memberi undi kepada beliau, malah saya rasa wajib untuk anda mengundi beliau dan seterusnya meletak beliau sebagai salah seorang AJK Umno Subang.

Ingat ! Sejak isu Kalimah Allah ini timbul, kita orang-orang Umno sepanjang masa memperjuangkan perkara ini. Senang cerita isu sangat rapat dengan kita. Jadi pada saya jika orang Umno tak boleh angkat atau pilih seorang peguam yang mewakili kita sebagai AJK bahagian adalah tak patut. Beliau bukannya mencabar Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian atau Naib Ketua Bahagian. Beliau hanya bertanding AJK Bahagian yang perlu anda pilih seramai 20 orang. Jadi apa salahnya jika bagi beliau satu tempat….
Kepada rakan-rakan seperjuangan perwakilan Bahagian Subang, anda mewakili kami ahli-ahli Umno di tempat lain, bagilah satu undi anda kepada Peguam Adzly Manas yang telah mewakili kita semua mempertahankan Kalimah Allah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana