Mukhriz Mahathir Bidas Kenyataan Mahfuz Omar !


Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir membidas tindakan pihak tertentu yang membuat tafsiran negatif berhubung tawaran pembangunan Barisan Nasional (BN) jika berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 November ini.

Beliau berkata, BN tidak pernah membuat ugutan dalam kenyataan-kenyataannya tetapi terdapat pihak tertentu mempolitikkannya sehingga melihat perkara baik yang disuarakan mempunyai motif tersirat.
"Saya hendak cakap untuk perhatian rakyat Sungai Limau, tidak ada langsung ugutan dalam kenyataan kita. Apabila BN berjanji, kami tetap tepati janji," katanya semasa berucap dalam majlis pelancaran jentera BN dan pengumuman calon parti itu bagi PRK DUN Sungai Limau yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini dilaporkan berkata, kenyataan Mukhriz yang menawarkan pembangunan di Sungai Limau jika memenangi PRK kawasan itu sebagai tidak wajar dan bersifat ugutan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana