MUKHRIZ KENA DAH FITNAH SEMATA-MATA KERANA PAKAI JUBAH!!!

Memang susah jadi puak-puak nih!

Kalau cerita tentang agama, depa sajalah yang kuat agama. Mereka sajalah yang pakar agama. Mereka sahajalah orang agama. Syurga tu untuk orang PAS dan Neraka dicipta untuk orang UMNO. Orang PAS melahu menonok macam Mat Sabu pun, dijamin masuk syurga sebab dia orang PAS. Orang UMNO bermujahadah dan patuh kepada lima Rukun Islam dan beriman kepada enam perkara dalam Rukun Iman pun, dikatakan tak boleh masuk syurga sebab menentang PAS.

Ingatkan dah tak ada lagi dah pemikiran BONGOK dan TOLOL seperti ini. Rupa-rupanya masih tebal dan terus menebal.

Serban, jubah dan kepiah putih dianggap sebagai PAKAIAN ISLAM. Kononnya itu adalah SUNNAH NABI. Jadi, disebabkan kuat sangat ilmu takliq dan ikut-ikut buta perut, maka untuk jadi orang Islam tulen atau KELIHATAN SEPERTI ORANG ISLAM TULEN, kenalah pakai serban, sarung jubah dan tenggekkan kepiah putih atas kepala. Nak lagi sunnah, bela pula janggut walaupun janggut berserabai macam bulu jagung!

Jadi, kalau orang lain yang bukan PAS pakai serban, jubah dan kepiah putih, maka akan diperolok-olokkan sebab tak kena sungguh di mata orang PAS.

Itu yang kena kat Mukhriz. Sebabnya, ada pulak gambar Mukhriz berjubah dan berkepiah putih tersiar. Menggelepar, melenting dan terloncat-loncatlah sekalian orang PAS. Takjub dan terpegunlah mereka kerana ada pula pemimpin UMNO yang boleh berjubah dan berkepiah putih sedangkan dalam kepala otak mereka, itu pakaian orang Islam yang hanya dikenakan oleh para pemimpin PAS dan ditakliq oleh para pengikut PAS.

Dan lebih melucukan lagi ialah apabila Mukhriz 'MENGENAKAN JUBAH DAN KEPIAH PUTIH' sebab nak berkempen untuk PRK DUN Sungai Limau!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana