MAZA...Bahaya murtadkan umat Islam yang benar Kristian guna 'Allah'

SHAH ALAM: Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan besar sehingga melibatkan seluruh warga Arab dan ulama-ulama terkemuka dunia, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana katanya, selain Semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya yang dipetik daripada portal Malaysiakini.

Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Beliau yang juga bekas mufti Perlis itu berkata, jika pandangan tersebut diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian seperti Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili juga dianggap murtad.

Tambah beliau lagi, pandangan itu turut memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana