Kritikan Anwar untuk mengaburi fokus rakyat terhadap kegagalan kerajaan Pakatan

Di Selangor, di mana Anwar adalah Penasihat Ekonominya, banyak program yang menggunakan slogan “Merakyatkan Ekonomi Selangor” sebenarnya tidak sampai kepada rakyat. Misalnya, Skim Hadiah Anak Masuk Universiti yang menghadiahkan anak Selangor yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi diberi RM1000.

Laporan audit menunjukkan bahawa pelaksanaan skim itu tidak kemas dan ada unsur pilih kasih kerana ada pelajar mendapat bayaran lebih sekali sementara ada juga yang menerima habuan mereka selepas tiga tahun!

Ketua Audit juga menegur tindakan pengurusan bahawa anak syarikat kerajaan negeri, Selangor State Investment Centre (SSIC) yang tidak membelanjakan sepenuhnya peruntukan yang disediakan tetapi sebaliknya menggunakan baki itu memberi bonus tiga hingga empat bulan pada kakitangannya.

Bonus berjumlah RM887,620 yang dibayar dari 2009 hingga 2011 ini adalah memadai untuk membiayai pengurusan SSIC selama tiga tahun.

Paling terbaharu ialah gelagat Menteri Besar Selangor membawa semua ahli exco negeri itu untuk bermesyuarat tiga hari di Bangkok. Alasannya ialah untuk menyusun strategi ekonomi lima tahun Selangor, berkenalan dengan syarikat yang akan membawa pelaburan besar ke Selangor serta mencari cara dan teknologi baru membina lebih banyak rumah mampu milik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana