Kereta api Bukit Bendera terkandas....

PULAU PINANG 18 Okt. - Keterujaan dua pelancong ke Bukit Bendera bertukar menjadi mimpi buruk apabila mereka diserang sakit jantung selepas terperangkap hampir dua jam dalam kereta api yang terkandas akibat mengalami kerosakan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, kereta api yang membawa 200 penumpang dari puncak bukit berkenaan terkandas di pertengahan jalan mengakibatkan semua penumpang terperangkap.

Akibat sarat dengan penumpang, beberapa orang mengalami sesak nafas termasuk dua pelancong terbabit.

Bagaimanapun kedua-duanya sempat dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut oleh sepasukan bomba yang tiba memberi bantuan.

Kesemua penumpang berjaya diselamatkan pada kira-kira pukul 9.20 malam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana