KENAPA NURUL IZZAH SOKONG NGO YANG MEMPERJUANGKAN COMANGO?

Cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan ibu dan bapa, apabila anak yang
di didik dengan penuh kasih dan sayang secara tiba-tiba datang
memberitahu bahawa dirinya ingin memeluk agama Kristian? Atau
memberitahu keluarga bahawa dia seorang Gay ataupun Lesbian? Apakah
mereka akan dapat menerima dengan hati yang terbuka dan menerima
keputusan anaknya itu demi menghormati hak asasi manusia?

Atau menangis dengan penuh penyesalan kerana GAGAL memberikan
pendidikan agama yang secukupnya sehinggakan mereka sanggup untuk
murtad dan keluar dari Islam. Atau menyesal dan kembali meletakkan
kesalahan kepada pemerintah kerana terlalu mengikut kehendak dan
tuntutan dunia luar.

Namun itulah kemungkinan yang BAKAL terjadi sekiranya negara ini
diperintah oleh mereka yang meletakkan kepentingan kuasa berbanding
tuntutan agama dan kepentingan rakyat. Semua ini tidak MUSTAHIL
terjadi, apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden
PKR, Nurul Izzah yang merasakan tindakan Gabungan NGO Hak Asasi
Manusia (Comango) sebagai TIDAK MEMBAHAYAKAN NEGARA.

Hebat bukan? Anak kesayangan Anwar ini SANGGUP menerima tuntutan
tersebut hanya kerana mahu melihat ayahnya ditabalkan sebagai Perdana
Menteri satu hari nanti. Hanya kerana kuasa, mereka tergamak
membiarkan agama Islam dihina sedemikian rupa.

Yang paling menghairankan, mengapa sebagai seorang Islam yang kononnya
mempunyai ciri-ciri ‘MUSLIMAH’ Nurul Izzah sanggup menyokong Comango?
Bukankah antara tuntutan NGO tersebut untuk mempromosikan LGBT? Atau,
mungkinkah Nurul Izzah sememangnya sudah lama mengetahui mengenai
‘selera’ ayahanda tercinta?

Pelik bukan.PKR sebelum ini bermati-matian mempertahankan ‘kesucian’
Anwar kononnya menjadi mangsa fitnah yang sebelum ini disabitkan
dengan kesalahan meliwat. Tup.. tup.. mereka dengan rela cuba
menyokong NGO yang memperjuangkan Gay.

Rasionalnya sekiranya tuntutan NGO tersebut diterima, ia secara tidak
langsung membenarkan golongan Gay untuk berkahwin dengan pasangan yang
sama jenis, atau dalam bahasa mudah, meliwat dengan rela bukan lagi
merupakan satu kesalahan.

Comango sebelum ini telah membuat tuntutan kepada Majlis Hak Asasi
Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). NGO tersebut telah
menghantar satu laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala
Sejagat (UPR) di Geneva yang menyentuh kedudukan Islam sebagai agama
rasmi dan menggesa agar pindaan dalam Perlembagaan negara ini diubah.

Mereka juga mahu agar setiap warga negara ini diberikan hak kebebasan
untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk
murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatan undang-undang atau campur
tangan kerajaan.

Tidak cukup dengan itu, NGO tersebut turut menuntut kerajaan menerima
hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima
hubungan atau ‘perkahwinan’ golongan seks sejenis lesbian, gay,
biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A
Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat.

Di dalam tuntutan laporan yang dikemukakan itu, Comango turut
menampilkan beberapa kes misalnya yang melibatkan seorang wanita Islam
murtad, ‘Lina Joy’ untuk menunjukkan kononnya sistem hukuman negara
telah membelakangi hak asasi manusia.

Mereka juga turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah
oleh penganut Kristian dan larangan terhadap penganut ajaran Syiah.
Tambah memeranjatkan pembangunan masjid dan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dijadikan sebagai bahan kritikan
kononnya Malaysia keterlaluan dalam memajukan Islam sehingga
menyebabkan kaum-kaum lain tidak sampai ke tahap progresif.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat),
Ismail Mina Ahmad ketika mengulas mengenai perkara ini berkata,
perancangan seumpama itu sebenarnya mirip dengan agenda Gene Sharp
iaitu satu aliran pemikiran Barat yang menggunakan cara sedemikian
semata-mata mahu meruntuhkan mana-mana kerajaan sedia ada terutama
kerajaan Islam melalui 197 cara.

Menurut beliau, ia merupakan satu agenda tersembunyi untuk
menumbangkan kerajaan dengan mewujudkan persepsi masyarakat
antarabangsa supaya Malaysia dilihat menindas hak golongan tertentu
dan kebebasan beragama termasuk mendiskriminasikan masyarakat bukan
Islam.

Kesimpulannya, semua ini terjadi kerana ramai di kalangan pengundi
yang terpedaya dengan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim telah
mengundi pakatan mereka dalam pilihanraya yang lalu. Masakan tidak,
mereka menggunakan topeng yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar
sehingga ramai yang tertipu.

Natijahnya, tindakan memberikan undi kepada pembangkang telah berjaya
membuatkan Barisan Nasional kehilangan sokongan 2 per 3 sehingga
menyebabkan mereka ini berani untuk bertindak dengan
sewenang-wenangnya.

Tambah menyedihkan, Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam turut
rela diperkudakan sehingga terpaksa menggadaikan hala tuju perjuangan
yang dilaungkan selama ini. Walau apa pun diharapkan para pengundi
khususnya di Sungai Limau dapat melihat perkara ini sebelum terlambat.

Ini kerana dengan mengundi Pas di dalam pilihan raya kecil ini, mereka
secara tidak langsung telah menggadaikan akidah yang terpaksa
ditanggung oleh generasi akan datang. Kepada para pengikut Pas,
sedarlah sebelum terlambat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana