Kalimah Allah: Nasharuddin harap semua pihak terima keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berharap agar semua pihak terutamanya pihak Gereja Katolik menerima keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan hari ini dengan hati terbuka.

Ujarnya, demi keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai agama di negara ini, semua pihak harus bertolak-ansur serta berlapang dada dalam isu tersebut.

"Keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah hari ini mengambil kira keamanan dan ketenteraman rakyat, jadi semua pihak perlu menerima," ujar beliau di perkarangan mahkamah pagi tadi.

Keputusan mahkamah hari ini dinantikan oleh lebih 600 umat Islam yang berkumpul di perkarangan Mahkamah Rayuan Putrajaya seawal jam 8 pagi tadi.

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berpendapat, kalimah suci itu jika dibenarkan penggunaannya akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat.

Sehubungan itu, beliau berpuas hati bahawa tiada alasan mengapa majalah berkenaan berkeras untuk menggunakannya dalam penerbitan mingguan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana