Kalimah Allah dalam akhbar dan kitab agama selain Islam boleh mengelirukan - Mufti

Haji Hadi dengan selamber jer...membenarkan Kalimah ALLAH diguna pakai...Dalam Dewan Ulama PAS sudah berkata tidak benarkan  Kalimah ALLAH digunakan tapi semalam Haji Hadi Keluarkan lagi kenyataannya.

SHAH ALAM: Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid tetap dengan pendirian bahawa kalimah suci Allah tidak boleh digunakan dalam mana-mana kitab atau penerbitan yang mengandungi unsur-unsur keagamaan bagi agama lain.

Merujuk kepada kitab Bible dan akhbar Kristian The Herald, Tamyes menjelaskan penggunaan kalimah Allah dalam kedua-dua penerbitan tersebut jelas bertujuan untuk mengelirukan umat Islam, khususnya golongan muda.

"Itu (Herald) ada unsur dakyah.

"Apa-apa unsur yang berbentuk dakyah yang mengelirukan umat Islam, tak boleh. Sama sekali ditentang.

"Non Muslim, yang penting golongan Kristian, mereka nak guna lafaz Allah dalam Bible. (Maknanya) kalimah God itu (hendak) diterjemah kepada Allah. Ini memang jelas bercanggah kerana kalimah Alllah lafaz suci, Esa.. Allah yang maha Esa. Kita harus ingat bahawa kalimah Allah dalam Al-Quran menunjukkan Allah itu Esa.

"Sedangkan kalau kalimah God yang disebut dalam Bible, God itu triniti," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibolehkan selagi ia tidak disalahgunakan atau disalahtafsir.

Hadi dalam Seminar Perlaksanaan Syariah Islam di Malaysia semalam berkata tiada peruntukan undang-undang yang tidak membenarkan penganut agama lain untuk menggunakan kalimah Allah.

Namun jelas Hadi, kebebasan yang diberikan tidak harus disalahgunakan kerana Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah bagi umat Islam.

Mengulas lanjut berkenaan itu, Tamyes berkata, tidak timbul masalah sekiranya Hadi cuma maksudkan kalimah Allah itu untuk perbualan biasa di kalangan orang bukan Islam.

"Adakah maksud dia (Hadi) hanya menggunakan kalimah InsyaAllah, Alhamdulillah..Non Muslim dah ramai yang guna macam itu. Jadi kalau itu yang dimaksudkannya, maknanya itu terpulang kepada dia.

"Kalau lebih daripada itu, sehingga dia mempertahankan (memberi maksud) bahawasanya Allah itu Allah yang dalam akidahnya, itu tak boleh. Sekiranya itu maksud dia, dia telah mendakwa Allah itu triniti," katanya lagi.

Esok Mahkamah Rayuan akan memutuskan permohonan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar The Herald menggunakan kalimah Allah.

Keputusan yang dinanti-nanti itu menyusul lima minggu selepas Mahkamah Rayuan mendengar hujah peguam badan-badan Islam dan peguambela Persekutuan serta peguam Gereja Katolik yang menerbitkan The Herald.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana