Isu tuntutan Comango: Tidak bahayakan negara - Nurul Izzah..Bangangnya NUrul Izzah Ni

Macam mana PAS boleh menerima perjuangan DAP dan PKR secara terang terangan...Admin cukup sedih sekali sikap begini.Apalah bangangnya Nurul Izzah ini...kemenangan nya pun di LEmbah Pantai sokongan daripada bukan ISlam.Inilah cara menghalalkan saja.

SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak menganggap tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) membuat tuntutan menyentuh kedudukan Islam sebagai membahayakan negara.

“Tidak bahayakan negara,” katanya dipetik oleh Sinar Harian ketika diminta mengulas tindakan Comango menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Siwtzerland, hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, laporan yang dikemukakan Comango pasti dipantau wakil Kerajaan Malaysia.

"Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) juga ada di sana dan Kerajaan Malaysia akan secara aktif menjawab segala pendirian yang diambil oleh wakil NGO tersebut.

“Tugas kerajaan adalah untuk bertegas mempertahan kedaulatan agama daripada cuba dipersoalkan," katanya ketika ditemui di Parlimen.

Tuntutan Comango antara lain menyentuh kedudukan Islam di negara ini apabila gabungan berkenaan mahu setiap warga negara ini diberi kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatan undang-undang atau campur tangan kerajaan.

Selain itu, mereka juga menuntut kerajaan menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau ‘perkahwinan’ golongan seks sejenis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat.

Comango turut membantah pusat-pusat aktiviti LGBT diserbu pihak berkuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana