DAP Melaka Menuju Perpecahan

DAP Melaka menuju perpecahan apabila pengerusinya Goh Leong San berkata beliau sudah bosan dengan karenah pemimpin-pemimpin pusat tertentu yang campur tangan dalam hal ehwal parti itu di peringkat negeri.

“Saya tidak lagi akan bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memaksa saya supaya melepaskan jawatan secara tidak adil dan tanpa alasan yang konkrit, ” katanya dilaporkan The Star.

Beliau berkata terdapat dua puak dalam DAP Melaka dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak menghormati pengerusi negeri dan ahli-ahli utama dalam jawatankuasa perhubungan negeri, namun tidak ada tindakan pembetulan daripada pemimpin-pemimpin DAP pusat.

ADUN DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata krisis dalaman DAP Melaka sukar untuk dipulihkan.

“Saya benar-benar kecewa bahawa perbezaan kita telah mencapai tahap itu.

“Terdapat harapan tipis untuk perdamaian,” katanya yang merupakan seteru politik Leong San.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka 2 Oktober lalu, Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San dilaporkan Agendadaily telah memuji kepimpinan dan ketokohan Ketua Menteri, Datuk Idris Haron.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berbual mesra dengan Goh Leong San (dua kanan)
Dalam ucapannya itu, Leong San yang juga ADUN Duyong sejak 1995, menyifatkan Idris sebagai Ketua Menteri Melaka yang berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik.

Katanya, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, mempunyai misi yang amat jelas membangunkan rakyat dan negeri ini selaras dengan wawasan Melaka Maju Fasa Kedua.

“Di Dewan yang mulia ini, saya memuji kebijaksanaan dan kematangan Ketua Menteri baru yang dapat menerima pandangan dan cadangan pihak kerajaan atau pembangkang. Dengan kefasihan berbahasa Inggeris, Arab dan Jepun, saya penuh yakin Melaka di bawah kepemimpinan Idris akan mencapai wawasannya tercapai.

“Walaupun baru empat bulan mengenalinya, namun Ketua Menteri bersikap rasional dan boleh menerima pandangan daripada sesiapa saja,” katanya.

Turut melahirkan nada sama ketika membahas usul terima kasih berkenaan ialah seorang lagi wakil DAP, Chin Choong Seong (DUN Kesidang).

Dalam pada itu, Leong San ketika ditemui ketika sidang berhenti rehat semalam, untuk mendapatkan komen lebih lanjut mengenai tindakannya memuji Idris, sekali lagi mengulangi kenyataannya itu.

“Saya tidak berniat memujinya namun beliau berhak menerima pujian. Kami dari kalangan pembangkang ada bertemu beliau bagi memohon bantuan menyelesaikan pelbagai isu berbangkit dan beliau melayan kami dengan baik.

“Beliau melakukan tugasnya dengan baik tanpa banyak publisiti. Melaka sememangnya bertuah mendapat pemimpin seperti Idris. Pendekatannya dalam menyelesaikan pelbagai isu sewajarnya mendapat pujian kerana beliau tidak bertindak mengikut emosi atau membabi buta,” katanya.

Ekoran pujian itu, Leong San telah dikritik hebat oleh dua rakannya dari DAP iaitu ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan ADUN Kota Laksamana, Lai Keun Ban.

Bercakap kepada media, Leong San berkata beliau hilang sabar apabila berlaku salah laku beberapa ADUN parti itu yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

“Saya bersedia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika pemimpin Pusat parti gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana