CheguBard : Chin Peng Seorang Pejuang Merdeka seperti Tunku Abdul Rahman

"Hari ini bagi kita ialah Chin Peng adalah pejuang dan damailah kamu Chin Peng.. Kami anak muda terus membawa semangat perjuangan menentang fasis dan kapitalis," katanya ketika menjadi panel jemputan dalam satu majlis forum anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertajuk Chin Peng Pejuang @ Pengganas? Disebalik Perjanjian Hatyai di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

Turut menjadi panel dalam majlis tersebut Bekas Komunis Malaya, Effandi, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Dr.Jeyakumar, Aktivis Oral History, Aziz Suriani dan Aktivis Masyarakat, Lee Ban Chen.
alt
Sementara itu, beliau turut mendakwa Kerajaan Malaysia sepatutnya tidak perlu gusar akan kematian Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk membawa abu mayat komunis tersebut untuk disemadikan di Malaysia.

Katanya, kematian Chin Peng membawa erti yang besar kepada kerajaan Malaysia selepas pintu sempadan Malaysia dijaga rapi untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara.
alt
"Saya rasa adalah tidak adil bagi saya sebagai insan yang kecil untuk berada dalam medan perjuangan yang besar jika tidak memberi ruang penghormatan kepada tokoh yang saya rasa dia cukup hebat kerana hidup dan matinya menjadi ketakutan rejim penguasa ini.

"Bukan saja mati (malah) sudah dibakar menjadi abu. Pintu sepadan dijaga dengan begitu hebat," katanya merujuk pengawalan ketat pasukan keselamatan Malaysia baru-baru ini untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana