Bapa Abby Ababi sedang mengundi untuk menentukan kepimpinan UMNO..

Tapi anaknya hari-hari kutuk UMNO.. Kutuk UMNO hari-hari, rupa-rupanya hidup masa kecik makan duit UMNO.. Bapa lu orang UMNO lu tak sedar diri..Inilah nak mengajar orang lain tapi bapa sendiri pon tak percaya ajaran yang anaknya bawa.. Malah bapa sendiri lebih yakin dengan parti keramat UMNO..

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Bapa kepada selebriti yang menyertai Pas, Abby Abadi adalah antara perwakilan terawal mengundi pada Pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak di Dewan Centrum Mara Setiawangsa di sini hari ini.

Abdul Manan Tadin, 78, berkata, meskipun anaknya menyertai Pas tetapi kesetiaannya kepada UMNO tidak akan sesekali pudar.

Katanya, perkara itu kerana hanya UMNO adalah satu-satunya parti yang dapat membela nasib dan kelangsungan orang Melayu.

"Biarkan dia (Abby) dengan pendirian politiknya, saya tidak akan terpengaruh dan tidak mudah menerima parti lain dalam diri ini kerana saya sudah lama bersama UMNO dan akan memperjuangkannya sehingga ke akhir hayat saya.

"Walaupun terpaksa bertongkat, saya tetap datang bagi menunaikan tanggungjawab saya memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin UMNO," katanya kepada pemberita.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL