Bacalah....Bekas penganut Kristian gesa pertahan kalimah Allah

ALOR GAJAH 19 Okt. - Dua pakar pengkaji agama yang juga bekas penganut agama Kristian Katolik Indonesia menggesa umat Islam di negara ini terus mempertahan kalimah Allah daripada digunakan penganut agama lain.

Pakar Kristologi dan pemerhati hubungan antara agama, Insan L. S. Mokoginta dan bekas Ketua Rahib Legio Maria, Atmajaya di Jakarta, Irena Handono turut mengingatkan kalimah Allah harus dilindungi demi menjaga kesucian Islam pada masa depan.

Menurut Insan, beliau bimbang ancaman itu yang disebarkan menerusi dakwah agama Kristian menggunakan media cetak mampu mengikis keimanan generasi muda Islam seterusnya mengajak mereka keluar daripada agama tersebut.

Sehubungan itu, beliau memuji tindakan tegas kerajaan Malaysia menghalang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan tersebut yang disifatkan beliau perlu dicontohi kerajaan Indonesia dalam menghalang kalimah berkenaan digunakan sesuka hati di negara itu.

"Penggunaan kalimah Allah dalam mana-mana penerbitan mereka (Kristian) hanya 'pancingan' semata-mata untuk menunjukkan kepada umat Islam Allah itu sama dengan Jesus walhal hakikatnya agama Islam dan Kristian itu berbeza," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana