Artis veteran 'serang' Sungai Limau...

Setelah berjaya bikin heboh dan nyata membantu BN merampas balik Kedah semasa pilihanraya umum ke 13,golongan artis veteran yang diminati oleh orang kampong akan turun padang ke pilihanraya kecil Sungai Limau pula.

Sidang media program  Ziarah Syukur telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra petang Jumaat.

 Antara yang hadir pada sidang media berkenaan ialah Datuk Aziz Satar,Datuk Mustapha Maarof,A.R Badul,Aznah Hamid,Mariani,Abon dan Norlia Ghani.

Program berkenaan yang yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, program ini juga akan bekerjasama dengan beberapa pihak pihak lain akan berkempen selama tempoh kempen PRK tersebut bermula dari 24 Oktober ini.

Pengerusi penganjur Ziarah Syukur Dato Seri  Zaienal Omar berkata program ini membawa mesej 'bersyukur'kepada Allah SWT, ibu bapa, guru, pemimpin dan negara kita yang tercinta.

Beliau memberitahu kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang sempat di jelajahi program Ziarah Syukur semasa PRU13 dimenangi BN.

Ini kata termasuk kawasan kubu kuat pembangkang.

Hal ini diakui  sendiri oleh YB Dato Othman Abdul (Ahli Parlimen Pendang) yang berjaya menewaskan Mat Sabu (PAS) dan YB Dato Hj. Abdul Aziz Sheikh Fadir (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru) yang berjaya menewaskan Saifudin Nasution (PKR).

Katanya orang ramai berduyun-duyun hadir setiap acara Ziarah Syukur.sglimau-artis1xx
Menurut Zaienal pihaknya sedang membuat persiapan rapi dengan pihak-pihak berkenaan untuk memastikan kejayaan program mereka di Sungai Limau.

Kepada satu soalan,Zaienal berkata pihaknya tidak bimbang langsung dengan penampilan sebilangan artis yang pro pembangkang sewaktu kempen di Sungai Limau kelak.

Beliau menilai mereka itu tidak lebih dari ' tin kosong' yang beralih arah semata-semata kerana sebab-sebab peribadi.

"Saya dapati semasa program kami masa PRU13  lalu orangramai sangat meminati Datuk Aziz Satar dan A R Badul.Artis veteran ini terus menyengat,

"Kita sepatutnya bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran negara kita dibawah BN selama ini.Saya kesal melihat gelagat segelintir artis yang sudah malap karier mereka cuba tarik perhatian menerusi jalan politik.

"Kita sepatutnya berganding bahu menunjang kerajaan dan bukannya cuba cari publisti murahan naik atas pentas pembangkang,"kata Zaienal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana