Ambabiga gesa MCA keluar BN sertai DAP kerana menteri sibuk membela Melayu.

Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambabiga berkata, MCA dan MIC patut keluar BN sekiranya masih mempunyai harga diri.

"Selepas mendengar kenyataan menteri dalam negeri saya benar-benar ingin tahu apa yang MCA dan MIC lakukan dalam BN.

"Tolonglah ada sedikit kehormatan diri dan keluar!" katanya.

Pengamal undang-undang itu juga menyindir perdana menteri yang menurutnya sibuk memberitahu rakyat luar negara bahawa beliau seorang yang moderat dan mengambil berat kaum bukan Melayu.

"PM kita tiada masa untuk menegur menterinya yang menyeleweng," tulis Ambabiga di laman blog mikro Twitter.

Beliau merujuk kepada kenyataan kontroversi Zahid berhubung dasar "tembak dulu" terhadap suspek sebelum ini.

Dalam sebuah program di Melaka Sabtu lalu, Zahid antaranya berkata, mangsa-mangsa rompakan kebanyakannya orang Melayu dan langkah terbaik dengan tidak berkompromi dan "tembak dulu" jika terdapat bukti.

"Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana