54 NGO DIDAKWA MAHU PERJUANG ISU LGBT...

Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan kerajaan diminta menyiasat 54 badan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam di negara ini pada proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland esok.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata ROS dan kerajaan perlu bertindak segera ke atas NGO berkenaan sebelum perkara tersebut menjadi virus kepada negara ini.

"Saya percaya ROS ada senarai 54 NGO ini yang pergi ke Geneva, jadi kerajaan perlu ambil tindakan yang tegas terhadap mereka supaya virus ini tidak merebak yang boleh menggugat keselamatan kita," katanya kepada pemberita tadi di Parlimen.

Noh menegaskan siasatan itu perlu kerana kesemua NGO itu didakwa mahu memperjuang isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT), yang jelas bertentangan dengan hukum syarak."Kita bimbang ancaman yang akan datang ialah daripada perpecahan agama ini, sebab sudah ada virus dan virus ini sudah masuk dan hari ini terbukti apabila sekumpulan rakyat Malaysia pergi ke Geneva untuk pergi ke sana dan membawa usul-usul hak asasi manusia.

"Kita tidak pertikai apa yang dia bawa cuma kita tidak mahu mereka membawa isu-isu yang sensitif melanggar hak orang Islam di negara ini contohnya isu LGBT. Perkara ini kita tidak boleh terima di Malaysia," katanya.

Malah beliau mempersoalkan apakah tujuan sebenar pihak NGO tersebut yang didakwa tidak sensitif dengan perlembagaan dan perundangan Islam di negara ini.

"Mereka bawa lagi pula isu-isu yang kebebasan keadilan beragama, isu-isu ini kalau kita tengok perkara-perkara ini amat sensitif kerana kebebasan hak asasi di barat yang menggunakan akal tidak sama dengan negara kita dan budaya kita.

"Kalau mereka di barat, jangan jaga tepi kain orang, tapi di Malaysia kita ada larangan, kalau isu ini (LGBT) hendak dibawa ke sana, maka ini boleh mendatangkan kerunsingan kepada ulama kita," katanya.

Difahamkan terdapat 13 usul akan dibentangkan esok oleh NGO COMANGO yang salah satunya ialah menuntut kebebasan LBGT di negara ini.

Berikut adalah di antara tuntutan COMANGO yang sudah pun diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 'United Nation Human Rights Council, (UNHRC) dan dijangka akan dibahaskan esok:

1. Menuntut Malaysia tandatangan dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR).

2. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBTIQ – seks songsang!

3. Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini COMANGO turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti berleluasa)

4. Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi."

5. Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!

6. Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana