Ulama dalam PAS menghitung hari...


Ada peribahasa, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.

Namun, ada juga yang melawak, masuk kandang harimau kena bahamlah. Ini agaknya nasib PAS yang masuk dalam kandang pakatan PKR dan DAP.

PAS sedikit demi sedikit jadi mangsa dua sekutu mereka yang kononnya mahu sama-sama berjuang menawan Putrajaya tetapi rakyat tahu, mimpi masing-masing berbeza.

Parti yang kononnya memperjuangkan Islam semakin hilang pengaruh malah hilang tiga kerusi Parlimen pada PRU 13 dan tercorot selepas DAP serta PKR.

Macam-macam cerita berlegar dalam PAS. Antaranya berkisar isu agihan kerusi yang tidak sama rata yang akhirnya berlaku pertindihan serta berebut kerusi sama.

Terlalu mahal harga yang terpaksa dibayar oleh PAS untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dan kini sudah genap lima tahun Ketua Pembangkang itu terus mengidam jawatan tersebut.

Kerana dalam sangkar DAP dan PKR juga, hubungan dalam kepimpinan PAS mula nampak retak.

Dulu PAS membezakan kepimpinan ulama dan profesional tetapi kini Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan kedua-duanya sama saja- ulama juga profesional manakala profesional juga ulama.

Justeru itu, golongan ulama PAS seolah-olah hampir dipinggirkan.Pandangan dan nasihat mereka sudah boleh disanggah oleh mana-mana pemimpin.

Dulu PAS cukup pandai menutup pekung dalaman parti. Kalau kecoh atau ribut sekalipu, ia ibarat ribut dalam cawan.

Kini, dalam PAS sesiapa sahaja boleh bercakap tetapi jangan hentam Anwar atau sebut soal perpaduan dengan UMNO, risikonya akan kena PECAT.

Sepatutnya prestasi buruk PAS, terlepas Kedah dan jadi mangsa tidak setia kawan dalam pembangkang menyedarkan pemimpin-pemimpin parti tersebut.

Sudah macam-macam onar sejak PAS bersama-sama DAP dan PKR tetapi jelaslah, PAS semakin mereput dan kerana itu juga agaknya Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mahu hubungan parti itu dalam pakatan dikaji semula.

Langkah itu katanya wajar berikutan kebelakangan ini berlaku pelbagai perkara yang melemahkan PAS selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi itu sendiri.

"Saya harap PAS Pusat segera menubuhkan jawatankuasa khas untuk kaji dan menilai semual kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap PAS termasuk Tahaaluf Siyaasi terutama dengan PR sejauh mana ia menguntungkan PAS," katanya.

Malangnya, hanya Harun yang sedar mengenai perkara itu bukannya Nik Aziz malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Amat mendukacitakan, pandangan ikhlas Harun dipandang serong Nik Aziz, Hadi malah beberapa pemimpin PAS lain bahkan Nik Aziz dengan bangga menegaskan keberadaan parti itu di dalam PR bukan satu kesilapan dan merugikan.

Beliau berkata, PAS berjaya mempersembahkan Islam dengan baik kepada orang bukan muslim berbanding UMNO melalui kerjasama dengan PR.

Bahkan bekas Naib Presiden PAS Pusat, Ahmad Awang berkata muafakat politik PAS bersama PKR dan DAP dilihat banyak membantu melonjakkan rekod parti untuk memperbaiki kedudukan kerusi dalam pilihan raya.

Beliau berkata, berbanding sebelum ini, PAS sudah menunjukkan pengaruh yang besar dalam sistem politik negara apabila mampu memenangi beberapa kerusi yang sebelum ini tewas.

“Saya kira jika PAS tiada dalam PR, kita tidak mampu untuk meraih lebih banyak kerusi, seperti di Selangor, kita sudah menjadi sebahagian dalam pentadbiran,” katanya.

Beliau melihat langkah kaji semula Tahaaluf Siyaasi seperti yang diutarakan Harun  seolah-olah memberi kata dua, sama ada membuat keputusan untuk terus kekal dalam Pakatan atau menarik diri.

Sedangkan katanya, dalam menghadapi PRU14 akan datang, PAS mempunyai peranan besar untuk menjuarai pemikiran pengundi Melayu untuk melakukan perubahan.

Melihat senario ini, PAS kini tak ubah macam si luncai yang akan terjun dengan labu-labunya.

Hadi yang diketahui sangat rapat dengan Harun juga berpaling tadah semata-mata mahu mengekalkan keyakinan DAP dan PKR.

Bukan sekali dua perkara ini berlaku tetapi sudah acap kali PAS terpaksa mengadai maruah dan prinsip kerana mahu terus mengharapkan Putrajaya pada PRU 14 pula.

PAS kini sudah hilang rasa hormat pada ulama yang selama ini diagung-agungkan oleh parti.

Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan dengan menyuarakan pendapat sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi PAS tambahan pula apa disuarakan adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama parti itu sendiri.

Mungkin ini kali terakhir Harun bersuara sebelum Muktamar yang akan memilih pemimpin utama PAS November nanti.

Sebelum ini pun, beliau sudah menyatakan kemungkinan tidak lagi akan mempertahan jawatan tersebut.

Barangkali Harun sudah banyak kali kecewa dan mungkin  bukan beliau sahaja tetapi barangkali ramai pemimpin serta ahli-ahli yang menghormati kepimpinan ulama dalam PASturut merasainya.

Tidak mustahil Muktamar PAS kali ini bakal menyaksi golongan ulama terus terpinggir.

Dan jika ini berlaku, PAS ibarat mengali kubur sendiri.

Cuba teka siapa agaknya yang tersenyum riang melihat parti itu kelak boleh dibawa ' ketepi dan ketengah' tanpa ada suara yang bising

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana