Syiah Boleh Membawa Kepada Perpecahan Umat

Umum mengetahui bahawa umat Islam di Malaysia memegang kepada ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak. Sebagai umat Islam, kita harus menjaga aqidah dan mengikut syariah yang ditetapkan iaitu hukum-hukum Allah seperti solat lima waktu,berpuasa dan sebagainya. Seterusnya Umat Islam harus menjaga akhlak dari segi perwatakan dan sikap. Ianya menjadi tuntutan kepada dan menjadikan kita sebagai Islam yang baik.

Kebelakangan ini isu Syiah menjadi perhatian umum. Malah ikutan tersebut menjadi perhatian kerana dikatakan mereka yang terlibat adalah seperti ahli politik. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah di Malaysia.

Justeru, jawatankuasa tersebut telah mengambil keputusan hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia. Namun bukan semua adalah pengikut ajaran syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja tetapi dari golongan yang lain. Dilaporkan bahawa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang. Secara ironinya, syiah tidak dibenarkan di Malaysia kerana ternyata ianya bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Ajaran syiah dikatakan bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Terdapat pelbagai cara penyebaran syiah di Malaysia. Dipercayai ajaran ini disebarkan melalui lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia,melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar di Iran dan juga dengan memberi buku-buku fahaman syiah secara percuma dan berleluasa ke perpustakaan universiti, masjid dan rumah ke rumah.

Mereka yang mengikut ajaran ini terlalu taksub dengan mencederakan diri,melakukan ritual yang terpesong dari ajaran Islam,solat dengan hanya berniat sahaja dan pelbagai cara lagi yang jadi ajaran syiah. Kerana ini lah juga fahaman syiah diharamkan di Malaysia. Ajaran Islam terlalu indah dan tidak pernah suruh menyeksa diri.

Akibat ajaran syiah ini, kerajaan negeri Kedah telah mengambil perhatian yang serius bagi membanteras fahaman yang semakin menular di Malaysia. Menteri besarnya Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir mengambil inisiatif akan berbincang dengan mufti sebelum melaksanakan untuk menggazetkan fatwa anti-syiah di Kedah.

Kebimbangan ini turut dirasai di negeri-negeri lain kerana ajaran ini boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Ini kerana terdapat dalam ajaran syiah berlaku permusuhan, peperangan dan pembunuhan. Kita harus bersyukur kerana ajaran syiah diharamkan dinegara kita untuk menyelamatkan akidah umat Islam. Kita juga harus berwaspada dengan syiah Melayu dalam kalangan kita dengan berpura-pura mereka seperti kita yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana