SEMAKIN MUDAH UNTUK MENCARI PELACUR DAN PUSAT-PUSAT MAKSIAT DI SELURUH SELANGOR

Masih belum terlambat rasa-rasanya untuk kita mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana tidak sahaja berjaya mengekalkan penguasaan, bahkan menambah bilangan kerusi DUN di Selangor, sekaligus menjadikan Pakatan Rakyat jauh lebih mantap dan berkuasa berbanding Barisan Nasional yang hanya diwakili oleh UMNO sahaja......Sebelum ini, telah dibuat pelbagai pendedahan ekoran peningkatan jumlah pusat-pusat maksiat di seluruh Selangor semenjak Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri. Ada pula pecacai Pakatan yang beria-ia membantah dengan menyatakan bahawa semua itu adalah warisan daripada kerajaan negeri terdahulu meskipun pada masa yang sama, mereka tidak dapat menerangkan bagaimana peningkatan berlaku berdasarkan status 'TIDAK BERLESEN' atau 'HARAM'.

Kebanyakan premis yang menjalankan urusniaga maksiat sebenarnya terletak di bawah bidang kuasa PBT atau Kerajaan Tempatan. Dan PBT pula mempunyai Ahli-Ahli Majlis yang terdiri daripada ahli-ahli parti yang berjaya membentuk kerajaan negeri.

Kalau Kerajaan Negerinya adalah Pakatan Rakyat, PBT juga adalah Pakatan Rakyat. Justeru, mengalihkan alasan kepada kerajaan terdahulu merupakan perkara TERBODOH yang boleh dilakukan oleh pecacai Pakatan.

Isu seperti rumah mampu milik yang sehingga kini masih gagal diselesaikan oleh Pakatan Rakyat Selangor, serta banyak lagi isu rakyat yang hanya diselesaikan dengan janji-janji retorik, semakin menjadi-jadi. Dan kini, menerusi operasi-operasi khas yang dilancarkan oleh pihak berkuasa seperti polis, turut mendedahkan bagaimana Ahli-Ahli Majlis PBT di seluruh Selangor mempunyai saham yang cukup besar dalam memajukan INDUSTRI MAKSIAT seperti pelacuran dengan restu KERAJAAN NEGERI.

Industri maksiat dan pelacuran berkait rapat dengan pendatang asing. Dan yang lebih menarik, pusat-pusat pelacuran dan maksiat itu hampir kesemuanya berada di kawasan yang dikuasai oleh DAP dengan majoriti besar.

Kalau sebelum ini, pendatang asing dari China mendapat tempat tertinggi dari segi jumlah di pusat-pusat pelacuran di seluruh Selangor, nampaknya kali ini, dominasi tersebut telah dicabar oleh Vietnam. Semakin ramai pelacur-pelacur Vietnam yang berjaya ditahan dalam operasi-operasi pihak berkuasa di kawasan-kawasan dan premis-premis yang dimiliki oleh cinabeng.

Timbul persoalan, apakah pelacur-pelacur dari China sudah pun 'hilang tanpa dapat dikesan' dan mereka hanya akan muncul pada hari mengundi sepertimana yang berlaku pada 5 Mei lalu? Apakah kerana kewujudan mereka inilah, maka SISTEM BIOMETRIK tidak boleh diadakan, sebaliknya yang diperlukan hanyalah DAKWAT KEKAL?

Pada ketika para penyokong Pakatan Rakyat berterusan berkempen kononnya, Pakatan Rakyat Selangor memberikan lebih tumpuan kepada kebajikan rakyat negeri, walaupun mereka sendiri ternganga-nganga apakah program kebajikan yang telah diatur atau dijalankan oleh Pakatan Rakyat, mereka semakin terlupa bahawa kebanjiran pelacur-pelacur asing di Selangor sebenarnya bukanlah satu kebajikan sebaliknya ia akan menjadi masalah yang lebih besar.

Apakah masih ada pecacai Pakatan yang berkesanggupan untuk menyatakan bahawa pelacur-pelacur asing yang sebenarnya hamba-hamba abdi zaman moden dalam pemerdagangan manusia itu mempunyai kaitan dengan UMNO?

Apakah para pecacai Pakatan Rakyat akan berbangga apabila Selangor menjadi sebutan dunia kerana fungsinya selaku PUSAT PEMERDAGANGAN MANUSIA yang sangat terkenal kerana PBT dan Kerajaan Negerinya ambil mudah isu ini hanya semata-mata kerana keuntungan mendapatkan undi serta pengaruh daripada cinabeng?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana