Sandiwara kongsi gelap, Zahid bidas Surendran

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata usaha kementeriannya menggempur anggota kongsi gelap bukan sandiwara sepertimana yang didakwa Naib Presiden PKR, N Surendren.

Zahid juga menolak tuduhan bahawa beliau sengaja menggunakan isu itu untuk mencari publisiti sementelah pemilihan Umno semakin hampir.

Beliau menegaskan usaha bersepadu membanteras anggota kongsi gelap itu semata-mata untuk melindungi rakyat.

"Janganlah politikkan isu-isu yang serius ini, kononnya apa yang dilakukan oleh KDN ini hanya 'hangat-hangat tahi ayam' untuk  Perhimpunan Agung Umno, saya tidak perlukan semua itu, saya tidak perlukan publisiti remeh seperti itu.

"Kita  memang ada perbezaan pegangan politik, tapi tolong jangan buat isu jenayah seperti isu politik.

Tegasnya pembangkang sepatutnya memandang isu 'kongsi gelap' sebagai masalah negara yang membahayakan rakyat dan perlu diselesaikan secepat yang mungkin.

"Saya bukan hanya melindungi Umno, saya bukan melindungi Barisan Nasional (BN), saya melindungi semua rakyat Malaysia,"  kata beliau pada sidang media selepas Majlis Taklimat Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Bahagian Agama dan kaunseling (BAKA), PDRM.

Zahid berkata, beliau boleh mendapatkan publisiti murahan dengan mengumumkan perang kepada anggota kongsi gelap.

Bagaimanapun beliau tidak berbuat demikian lantaran misi menjaga keselamatan rakyat lebih menjadi keutamaan KDN.

Untuk rekod, perang terhadap anggota kongsi gelap itu diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

"Saya sangat serius tentang ini, sebab itu pengumuman operasi dan dan pengurusan operasi tidak dibuat oleh saya, saya boleh buat kalau saya mahu tapi saya tidak mahu ada pihak yang salah anggap apa yang saya buat.

"Saya tidak bukan beri amaran kepada orang seperti itu tetapi tolong hentikan tolong beri kerjasama dengan pasukan polis dan kementerian kita," tambah beliau.

Surendran sebelum ini mendakwa Zahid hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap, baru-baru ini.

Beliau berkata Zahid hanya mahu menarik perhatian ahli Umno sekaligus membuka ruang yang luas untuknya dicalonkan jawatan tertinggi dalam parti.

Pemilihan Agung Umno dijadualkan diadakan pada 10 Oktober depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana