PM umum harga petrol RON95 dan diesel nak 20 seliter…kadar BRIM akan naik

Harga petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan 20 seliter berkuatkuasa 12.01malam ini 3 September.

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya petang Isnin.

Katanya bagi mengurangkan beban golongan bependapatan rendah kadar BRIM akan dinaikkan.Jumlahnya akan diumumkan dalam Bajet 2014 nanti.

Beliau menjelaskan kerajaan akan terus bagi subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80sen untuk diesel.Menurutnya kerajaan akan jimat RM1. billion menerusi pengurangan subsidi untuk RON95 dan diesel.

Jawab soalan wartawan mengenai kemungkinan pihak pembangkang akan bikin riuh pada kenaikan harga petrol ini,Najib kata ,” apapun kita buat pembangkang akan poitikkan tapi ini merupakan proses pengukuhan ekonomi dalam jangka panjang.”

Perdana Menteri menduga kadar inflasi dan kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga petrol dan diesel minimal sahaja.

Beliau juga memberitahu kerajaan akan mengkaji semula beberapa projek awam yang seelum ini sudah diumum hendak dilaksanakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana