Perbicaraan kes hasut Lahad Datu Tian Chua 16 dan 17 Okt

Mahkamah Sesyen Rabu menetapkan dua hari bermula 16 Okt untuk perbicaraan kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang didakwa kerana menghasut berhubung isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya, dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri dan peguam Latheefa Koya, yang mewakili Tian Chua.

Latheefa ketika ditemui pemberita, berkata mahkamah menetapkan 16 dan 17 Okt untuk perbicaraan, sementara menunggu keputusan berhubung permohonan Tian Chua bagi membatalkan pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi di sini pada 26 Sept.

Pada 14 Mac lepas, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut, termasuk menyatakan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu, didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di sini pada 11 pagi, 1 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana