Perang 'lawyer' di Dewan Rakyat isu Karpal Singh bela Anwar

Sekiranya Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh ada di Dewan Rakyat pada Selasa, tentu beliau juga seperti beberapa rakan pembangkang lain akan panas telinga atau merah muka dengar Datuk Seri Noh Omar pertikai Pengerusi DAP itu sebagai peguam tersohor.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu merujuk kenyataan Karpal sendiri di Dewan Rakyat pada 1997 yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit dakwaan meliwat.

Malah, kenyataan dan pendedahan mengejutkan itu yang turut dipertahankan beberapa ahli parlimen BN termasuk Noh terkandung dalam hansard.

Bagaimanapun, apabila Karpal buat ‘u-turn’ atau pusing belakang dengan menjadi peguam bela Anwar yang kini Ketua Pembangkang, Noh berkata, rakyat mula mempertikai kredibiliti Karpal sebagai peguam terkemuka.

Noh membangkitkan perkara itu  membahaskan Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 hingga menyebabkan Dewan Rakyat ‘panas’ dengan tindakan beberapa ahli parlimen pembangkang yang menjadi peguam cuba mengheret Noh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 36(6).

Antara yang bangun cuba mempertahankan Karpal adalah ahli parlimen PAS Sepang Mohamed Hanipa Maiden dan ahli parlimen PKR Padang Serai N. Surendran.

Noh yang pernah jadi peguam sebelum berkhidmat sebagai Menteri menangkis hujah ahli parlimen pembangkang itu dan turut mencabar Karpal menarik balik dakwaanya TERHADAP aNWAR yang tercatat dalam hansard itu.

Bagaimanapun, Karpal tiada ketika isu mengenai kredibilitinya termasuk dikatakan menerima bayaran jutaan ringgit kerana menjadi peguam kepada Anwar sekarang.

Pertikaman lidah antara mereka bertiga seolah-olah para peguam sedang berhujah di Mahkamah menyebabkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia‘berkeras’ termasuk menukul meja meminta mereka mematuhi peraturan mesyuarat.

“Yang Berhormat tak faham. Yang Berhormat lebih pandai tetapi saya duduk di sini dengan peraturan mesyuarat dan kuasa tertentu,” ujar Pandikar Amin.

Katanya, dalam berbahas Yang Berhormat tidak boleh kata diri sendiri betul.

“Biar saya yang buat keputusan sama ada Tanjung Karang langgar peraturan atau tidak. Tanjung Karang teruskan. Jangan melencong,”katanya sambil meminta Sepang dan Padang Serai duduk.

Noh yang meneruskan perbahasan terus menempelak Hanipa dan Surendran.

“Terima kasih Tuan Speaker beri sarahan pada lawyer yang kelam kabut.. yang baru ( di Dewan Rakyat)..nak cari tandas pun tak tahu. Sepatutnya tahu adap dalam Dewan dan hormat Speakar,” katanya.

Beliau terus buat Dewan panas apabila mengatakan Padang Serai bukan bodoh tetapi kurang cerdik.

Noh kemudian berhujah dengan menegaskan, peguam mesti ada integriti bukan pentingkan wang semata-mata.

Menurut Noh, beliau membangkitkan soal hansard mengenai kenyataan Karpal kerana ia perkara benar bukannya soal politik.

Katanya, tidak ada makna jika ahli parlimen tidak menghormati hansard kenyataan mereka kerana itu boleh dianggap menghina Dewan.

“Ini soal integriti...sebab itu perlu ada akta ini,” tegas Noh.

Beliau mempersoalkan tindakan Karpal itu sama ada sebab politik ataupun wang.

Noh berkata, rakyat mempersoalkan tindakan Bukit Gelugor kerana pembangkang yang selalu tuduh pemimpin Barisan Nasional rasuah dan sebagainya tetapi bila kena pada mereka, mereka marah.

Bekas menteri itu turut mempertikai peranan Majlis Peguam dengan bertanya, sama ada mereka ini mewakili peguam atau pembangkang.

Beliau meminta peguam menghormati undang-undang serta taat kepada prinsik-prinsip Rukun Negara.

“Ini double standard...bila kerajaan salah (mereka) hentam.

Pembangkang salah, mereka diam. Kenapa tak persoal integriti Bukit Gelugur,” tegasnya.

Katanya, jika ada ahli salah, Majlis Peguam perlu ambil tindakan bukannya double standard.

Perbahasan Noh dengan beberapa ahli parlimen pembangkang berlarutan lebih setengah jam dan turut terkena penangan beliau adalah ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dan ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL