Penguatkuasaan terhadap Syiah Dan Kalimah ALLAH...

Mesyuarat ini membincangkan dua isu utama iaitu pelaksanaan undang-undang kawalan dan sekatan pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam isu penggunaan kalimah Allah dan tindakan penguatkuasaan bagi menangani isu Syiah.
1. Fatwa berkenaan fahaman Syiah diperkemas dan diselaraskan dengan pihak yang bertanggungjawab untuk menguatkuasaannya bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan lebih berkesan.

2. Menggunakan sepenuhnye peruntukan dalam Undang-undang Kesalahan Jenayah Negeri dalam mengambil tindakan terhadap penganut Syiah.

Jakim telah mengambil langkah untuk mengadakan Makmal Menangani isu Syiah pada 23 hingga 25 September. Tujuan makmal ini diadakan adalah untuk mewujudkan pelan tindakan dalam menangani isu penyebaran fahaman Syiah.

Makmal ini disertai oleh 40 agensi kerajaan termasuk Jabatan Agama Islam negeri seluruh Malaysia. Di bawah pelan tindakan ini, semua agensi yang terlibat akan mengambil tindakan undang-undang berdasarkan kepada bidang kuasa di agensi masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana