Penduduk berdemo desak pihak berwajib tangani isu kebanjiran warga asing

SHAH ALAM: Kira-kira 100 penduduk di sekitar Jalan Teratai Meru, Klang hari ini mengadakan demonstrasi aman bagi mendesak pihak berkuasa dan wakil rakyat terbabit mengambil tindakan tegas terhadap kebanjiran pendatang asing di kawasan perumahan mereka.

Menurut wakil penduduk Syaiful Bahrim Ahmad Dolbar, kebanjiran pendatang asing yang merupakan pekerja kilang sarung tangan getah asli di kawasan berhampiran telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan.

Malah, ada dikalangan mereka yang didakwa bergiat aktif dalam aktiviti perniagaan di kawasan terbabit.

Tambah mengecewakan penduduk, Syaiful berkata pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) seolah-olah mengamalkan sikap 'double standard' dengan merobohkan gerai milik penduduk tempatan.

Namun, perkara yang sama tidak dikenakan terhadap premis perniagaan warga asing di situ, malah berkembang seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL