PEMUDA PAS ADA BUKTI ANWAR NAK BELOT

Seorang pembaca mengirim email mempertahankan langkah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan usaha untuk mengadakan rundingan meja bulat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pembaca yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu perkara ini bukan baru, bukan bermula dari cetusan dari laman peribadinya, anwaribrahimblog.com dalam perutusan semepena Hari Kemerdekaan Negara ke 56, tetapi lebih awal daripada itu, iaitu sebaik sahaja Pakatan kalah dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

“Ungkapan Anwar dalam perutusan Kemerdekaan itu hanya pengesahan dan pelengkap daripada usaha-usaha awalnya yang telah disebut oleh orang kanannya, Azmin Ali sebelum ini.

“Lihat sejarah karektor Anwar seperti didedahkan Ezam, waktu malam di pentas ceramah, dia kritik Dr Mahathir, tetapi dalam senyap-senyap dia kirim surat mohon maaf dan ingin berbaik semula kepada Dr Mahathir melalui Ezam.

“Karektor ini penting untuk mengenali sikap dan tindakan Anwar kerana dia tidak pernah berubah,”katanya.

Malah, pembaca itu turut mengungkit sejarah silam Anwar pada tahun 1982, ketika menafikan mahu menyertai UMNO ketika bersama penyokong Pas, namun pada siangnya bersama Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman rasmi menyertai UMNO.

Turut disebut juga tentang ‘rancangan 16 September 2008′ di mana Anwar buat kepala sendiri, mencanang idea itu dengan membelakangkan Presiden Pas.

Menurutnya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya tahu perancangan-perancangan Anwar tentang projek 16 September itu hanya melalui media.

Tentang kenyataan anak Anwar, Nurul Izzah menafikan ‘rundingan’ itu, pembaca itu mahu ia turut dibandingkan dengan kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus di FMT.

“Hentikan kerja gila itu wahai Anwar, anda bisik-bisik cerita ‘kerajaan perpaduan’ kepada pengikut anda supaya pengikut anda mewar-warkannya, tetapi dalam masa sama anda dan anak anda menafikannya.

“Bukankah pihak Najib sudah nafikan tentang perkara itu. Sekarang terbukti anda gila talak. Hidung tak mancung pipi yang tersorong-sorong,”katanya.

Menurutnya Dewan Pemuda Pas melalui Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss hanya memberi peringatan, tetapi kenapa Nurul Izzah perlu melatah, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana