MB Selangor Bersuara Kepada Pemuda PAS perlu pilih bola atau masjid ?

SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberi kata dua kepada PAS Selangor sama ada memilih 'bola' atau 'masjid'.

Khalid berkata demikian mengulas kritikan parti itu yang berkata kekurangan penajaan sukan bola sepak oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) punca beberapa bintang meninggalkan pasukan Selangor.

Khalid berkata kerajaan negeri saban tahun membiayai bola sepak melebihi kos pembinaan sebuah masjid.

"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid.

"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak? Jadi kita kena buat pilihan," katanya.

Akhbar Berita Harian sebelum ini melaporkan pasukan Selangor terpaksa melepaskan lapan tonggaknya ke pasukan lain, musim depan ekoran penajaan RM8 juta setahun daripada MBI tidak mampu menandingi tawaran gaji lumayan oleh dua kelab berbelanja besar, Johor Darul Takzim (DT) dan FELDA United.

Johor DT dilaporkan menawarkan Amri Yahyah gaji RM1 juta setahun atau RM85,000 sebulan manakala tiga lagi pemain - penjaga gol Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan kapten Asraruddin Putra Omar - dikatakan bakal mendapat gaji antara RM40,000 hingga RM60,000 sebulan bersama kelab Harimau Selatan itu.

Empat pemain iaitu Nasriq Baharom, S Kunanlan, Solihin Kanasian dan Adib Aizuddin Ab Latif pula dikhabarkan bakal mengikut jejak bekas jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim apabila turut ditawarkan gaji lumayan bersama FELDA United yang berhajat besar naik semula ke Liga Super 2015.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL