MAK AI!!! SPERMA PUN ORANG NAK CURI JUGAK KE!!!

Seorang warganegara Bosnia yang berstatus penduduk tetap negara ini memfailkan saman RM600,000 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan mendakwa teman wanitanya mencuri spermanya walaupun tidak berminat berkahwin.

Ervin Ahbabovic, seorang pengarah daripada Taman Danau Desa, menamakan wanita tersebut, 29, sebagai defendan. Ahbabovic, 41, mendakwa beliau dan wanita tersebut mempunyai hubungan dengannya pada tahun 2008.

Dakwanya lagi, bekas pasangannya itu lebih berminat dengannya untuk memenuhi kehendak seksual sedangkan dia mahu berkahwin dan memulakan keluarga.

Mereka mempunyai seorang anak pada 2010. Ahbabovic mendakwa wanita itu menghalaunya pada tahun lalu.

Ekoran itu, dia menuntut RM600,000 untuk penggunaan spermanya untuk mendapatkan anak dan pengisytiharan bahawa dia merupakan bapa yang sah kepada anak itu.

Ahbabovic berkata dia jatuh cinta dengan Chung pada tahun 2008. Mereka kemudiannya tinggal bersama dan dua tahun kemudian, pada 7 Februari, anak mereka Aaron Leviticus Ahbabovic Chung dilahirkan. Plaintif mendakwa, dia pada mulanya percaya mereka berdua akan mendirikan rumah tangga, namun mengakui beliau tersilap.

Menurut dokumen mahkamah, hubungan mereka retak selepas kelahiran anak lelaki mereka, ekoran defendan kerap mencari kesalahannya.

Pada masa sama, beliau mendakwa kehendak seksual defendan yang mahukan hubungan seks enam kali sehari sebagai melebihi norma kebiasaan.

Bagi si Ahbabovic, dia masih yakin nafsu seksual wanita tersebut berdasarkan cinta sebenar namun defendan menjadi cemburu dan tidak yakin dengannya. Beliau mendakwa kehendak seksual defendan menjadi rutin yang terpaksa dipenuhinya.

Malah plaintif turut mendakwa defendan pernah mengugut membunuh diri jika kehendak seksualnya tidak dipenuhi atau cuba meninggalkannya.

Tanpa pilihan lain, beliau tetap dengan wanita berkenaan dengan harapan akan bersetuju untuk mendirikan rumah tangga dengannya bagi memastikan mereka menikmati kehidupan berkeluarga yang normal.

Ahbabovic mendakwa beliau mengalami tekanan perasaan dan penderaan emosi disebabkan penderaan rutin seksual setiap hari, dan pada September tahun lalu, defendan dakwanya telah menikam dirinya di bahagian lengan kiri.

Tidak tahan dengan apa yang berlaku, plaintif kemudiannya menegur tindakan defendan namun defendan kemudiannya menghina, memukul, dan memarahinya.

Malah, beliau juga didakwa telah dihalau dari rumah dan menafikan haknya untuk mendapatkan simpanan dan menguruskan perniagaan bersama mereka.

Ahbahovic berkata Chung terus bertindak di luar batasan selepas itu termasuk dalam perniagaan dan tidak pernah membayarnya walaupun menerima beberapa ratus ribu daripada sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur.

Beliau turut rasa dimalukan, stress dan trauma, ekoran bukan sahaja dihalau dari rumah, tetapi juga dilarang berjumpa anaknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana