Lebih 2000 PATI ditahan dalam tempoh 24 jam - menteri

PUTRAJAYA: Seramai 2,433 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditangkap atas pelbagai kesalahan imigresen pada hari pertama Operasi 6P Bersepadu yang diadakan pada Ahad lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya memeriksa 8,105 orang dalam 40 operasi di seluruh negara.

"Hasil kesemua operasi tersebut ada 2,433 orang PATI telah ditangkap.

"Antara warganegara yang ditangkap dalam tempoh 24 jam tersebut adalah Indonesia seramai 717 orang, Myanmar 555 orang, Bangladesh 387 orang dan Nepal 229 orang," katanya kepada pemberita selepas merasmkan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri yang diadakan di sini, pada Isnin.

Malah katanya lain-lain warganegara yang turut ditangkap adalah Cambodia, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, Nigeria dan Thailand.

Zahid berkata operasi hari pertama tersebut melibatkan kekuatan anggota seramai 2,207 orang yang terdiri daripada pelbagai agensi iaitu 976 orang daripada Jabatan Imigresen Malaysia, 479 orang daripada RELA, 370 orang daripada PDRM, 94 orang daripada JPAM, 72 orang daripada JPN, 48 orang daripada SPRM, 43 orang daripada UPP, 33 orang daripada AADK dan selebihnya daripada lain-lain agensi.

Zahid dalam pada itu berkata Ops 6P Bersepadu bersama agensi-agensi yang berkaitan dilaksanakan secara berterusan sehingga hujung tahun ini untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Katanya lagi dalam tempoh Ops 6P Bersepadu ini berlangsung, majikan yang dikesan menggaji PATI boleh diambil tindakan perundangan di bawah Akta Imigresen 1959/63 di mana majikan didakwa di bawah empat kesalahan utama iaitu di bawah Seksyen 55A untuk membawa PATI secara tidak sah ke dalam negara.

Seksyen 55B untuk menggaji PATI, Seksyen 55E untuk membenarkan PATI masuk dan tinggal di premis dan Seksyen 56 (1) (d) untuk kesalahan melindungi PATI.

Selain itu, majikan juga boleh didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) (ATIP SOM).

Justeru orang ramai dan majikan diingatkan supaya tidak melindungi PATI atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana