Kesediaan Hadi membawa PAS ke arah kerjasama dengan Umno...ALhamdulilah

Melayu dan Islam akan berkuasa jika bersatu

Ini kerana jika Melayu dan Islam berpadu golongan ini akan kehilangan peluang ekonomi yang besar. Jika tiada sempadan politik di dalam kegiatan ekonomi, tentu umat Islam Melayu di Malaysia akan menjadi entiti ekonomi yang besar.

Jika fokus Melayu ialah menunjangi usaha membangun ekonomi dan sosial mereka berlandaskan Islam, maka jalan penyelesaian terhadap hambatan ekonomi yang dikuasai oleh bukan Melayu akan dapat segera dileraikan.

Perihal bukan Melayu dan bukan Islam keberatan menerima hakikat bahawa Melayu dan Islam boleh berpadu ini dalam beberapa hal boleh dianggap lumrah dan dibina melalui prejudis menurut pengalaman sejarah mereka.

Bagaimanapun cabaran paling besar kepada perpaduan dan penyatuan aset tenaga kerja dan cendekiawan Melayu-Islam ialah yang datang dari kalangan orang Melayu yang mengaku dirinya Islam.

Contoh paling jelas ialah, ada Melayu yang tidak pernah mengangkat Islam sebagai dasar perjuangan hidupnya tiba-tiba tidak dapat membendung rasa kecewa dan marahnya pada kenyataan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya bersedia berdialog dengan Umno pada bila-bila masa.

Malah Hadi dituduh meroyan.

"Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib? Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulis sosialis Hishamudin Rais dalam laman mikro Twitter.

Hishamuddin perli PAS

Hishamudin seolah-olah memperli PAS kerana mahu membuka pintu dialog dengan Umno. Soalnya, mengapakah Hishamudin perlu kurang senang jika PAS dan Umno mahu berdialog mengenai isu orang Melayu dan Islam?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana