Kerajaan Bakal Umum Kadar Baru Bantu Golongan Pertengahan - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR 4 Sept -  Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan bakal mengumumkan kadar baru bagi membantu golongan pertengahan setelah menjalankan kajian mengenainya.

Menurut Maslan, kerajaan mungkin menaikkan paras pendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, bagi melayakkan mereka untuk memperoleh bantuan berkenaan.

"Namun, bentuk bantuan masih dikaji, dan keputusannya akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Sersol Bhd dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan itu pada 25 Oktober.

Ahmad berkata selain itu, penduduk luar bandar merupakan antara fokus kerajaan kali ini dengan pembangunan di kawasan tersebut akan dipercepat.

Selain itu, kerajaan juga merancang meningkatkan aktiviti untuk perusahaan kecil dan sederhana, katanya.

"Selain memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan fokus ini, kerajaan juga menggalakkan program satu daerah satu industri (SDSI)," katanya.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dilaporkan berkata kerajaan akan mengumumkan beberapa pendekatan atau inisiatif bagi mengurangkan bebanan golongan kelas pertengahan dalam Belanjawan 2014.

Menurutnya langkah itu diambil berikutan golongan kelas pertengahan sehingga kini masih belum menerima manfaat daripada pelbagai dasar kerajaan, berbanding golongan berpendapatan rendah.

"Golongan berpendapatan rendah, sebagai contoh, dijangka menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih tinggi tahun ini, yang jumlahnya akan diumumkan dalam Belanjawan 2014," katanya.

Sementara itu, Ahmad meminta Sersol Bhd supaya merebut peluang untuk memberi perkhidmatannya dalam enam projek mega di Malaysia.

"Setakat ini syarikat pengeluar cat itu terlibat dalam dua projek mega di Malaysia, termasuk projek Naza TTDI Sdn Bhd di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

Antara projek besar lain di Malaysia ialah MRT Sg.Buloh-Kajang, Menara Warisan Merdeka PNB dan Tun Razak Exchange.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana