"Itu Petunjuk Allah Buat Nabila" - Amy Search

 Ayah kepada pelakon Nabila Huda yang tidak lari dengan kontroversi, Amy Search berkata insiden kemalangan yang melibatkan Nabila, cucunya Keisha Laila sebagai petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila.

Amy dalam satu kenyataan kepada Portal Murai berkata, dia sependapat dengan bekas suami anaknya, Zaidy Zailani (Eddie), yang tidak setuju  dengan tindakan Nabila membawa Keisha ke tempat kerja.
 "Kalau saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja. Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila pernah bawa Keisha ke kerja sebelum ini atau pun tidak.

"Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada.. Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara.

"Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila," kata Amy.

Foto: Ihsan Eddie

Ahad lalu,Nabila, Keisha serta pelakon, Syazwan Zulkifli terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Karak sehingga mengakibatkan Keisha mengalami patah tangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana