Isu kuil: Ketua Pemuda MIC patut letak jawatan - Shahidan

Dibanding dengan Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong, tidak ramai mengenali T.Mohan, Ketua Pemuda MIC yang rasa beliau hebat apabila minta Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor letak jawatan ekoran isu merobohkan sebahagian kuil Hindu Sri Muneswarar.

"Saya minta Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan letak jawatan sebab beliau tak jalankan tugas dengan baik, tak tolong kami pertahankan kesucian kuil ini," kata Mohan dilaporkan  Antarapos.

Mohan mendesak Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan meletakkan jawatannya ekoran kegagalan beliau menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)meroboh kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyamman di Jalan P. Ramlee, pagi Isnin.

Beliau adalah antara ditahan kerana menghalang tugas DBKL kelmarin. Mohan juga tuduh  DBKL datang robohkan kuil dengan bertindak secara gangster dan agresif.

Jelas Mohan nak tunjuk besar kepala dan mahu jadi hero isu kuil yang berusia 101 tahun dan rumah ibadat tunggal masyarakat India di pusat perniagaan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.

Sebab mahu jadi hero jugalah, beliau membelakangkan kenyataan Presiden MIC, G Palanivel yang sudah memberi penjelasan bahawa  DBKL hanya mahu mengalihkan beberapa patung di dalam kuil itu ke kawasan sementara bagi membolehkan kerja membaik pulih jalan dilakukan.

Malah Tengku Adnan juga datang dengan niat baik ke kuil itu untuk mmberi penjelasan kenapa kerja merobohkan kantin yang didirikan di atas rezab jalan tersebut.

Tengku Adnan juga bawa surat mahkamah membenarkan pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan.

Bagaimanapun, ada  kekecohan kecil apabila kumpulan kecil menjerit-jerit,menengking dan ganggu semasa menteri itu sedang bercakap. Ini membuatkan Tengku Adnan hilang sabar dan sergah mereka balik.

Semasa kekecohan itu kalangan wartawan dan jurugambar juga kena tolak dan ditengking.

Apapun, tindakan Mohan meminta Tengku Adnan meletakkan jawatan mengundang ‘angin’ Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Sepatutnya Mohan yang kena letak jawatan sebab gagal beri penjelasan kepada pihak kuil lkenapa DBKL mahu merobohkan kuil tersebut bukan tikam belakang minta Setiausaha Agung UMNO itu letak jawatan,” katanya menghubungi Agendadaily.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Mohan patut faham tugas DBKL dan tanggungjawab kerajaan memastikan tidak ada pelanggaran undang-undang terutama babitkan pembinaan struktur haram.

“Beliau kena beritahu pihak kuil. Itu tunjukkan sefahamkan antara kita bukan nak salah Tengku Adnan. Bukan kerajaan nak aniaya kaum India atau MIC dengan roboh kuil tersebut sebaliknya saya difahamkan hanyanak roboh kantin atas rezab jalan,” katanya.

Shahidan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap penuhkan kuota dua menteri dan dua timbalan menteri untuk MIC walaupun menang empat kerusi sahaja. Kenyataan Ketua Pemuda Mic macam orang tak ada pelajaran,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahidan mahu pihak berkuasa tempatan bertindak awal-awal lagi terhadap mana-mana binaan yang didirikan tanpa kelulusan bukannya bertindak selepas bertahun-tahun dibangunkan.

Sebagai bekas Menteri Besar Perlis, katanya ada kes pihak tertentu sengaja membina rumah atau tempat ibadat terlebih dahulu dan memohon kebenaran kemudian.

“Bila ditanya mereka beri alasan kalau mohon dulu, kerajaan tidak benarkan. Jadi kalau mereka dah bina, bila kita nak  bertindak jadi macam inilah,” katanya.

Katanya, ini bertambah rumit kalau babitkan rumah ibadat dan boleh cetus ketegangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana